• RATU-NETBALLERS-
  • RATU+NETBALLERS-LAYOUT-4
  • RATU+NETBALLERS-LAYOUT-5
  • RATU+NETBALLERS-LAYOUT-6
  • RATU+NETBALLERS-LAYOUT-7
  • RATU+NETBALLERS-LAYOUT-13
  • RATU+NETBALLERS-LAYOUT-16
  • RATU+NETBALLERS-LAYOUT-17
  • RATU+NETBALLERS-LAYOUT-32
1

Ratu Netballers

Regular price
RM 10.32
Sale price
RM 10.32
Regular price
RM 12.90
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

Sinopsis

Afiqah atau A.P, seorang pemain bola jaring dan memakai bip C. Akibat selalu bersikap terburu-buru, A.P telah melakukan banyak kesalahan dalam suatu perlawanan persahabatan di antara sekolah. Sehingga pasukannya menemui kegagalan. Rakan sepasukan menyalahkan A.P atas kekalahan itu. A.P cepat melenting apabila ditegur.

Perselisihan faham telah berlaku dalam pasukannya. Tiada lagi persahabatan. Bagi keluarga A.P pula, perkara ini tidak perlu dibimbangkan. A.P menganggap tiada yang memahaminya. Dia merajuk lalu melarikan diri. 

Pertemuan dengan Anas dan Anis dalam satu inseden, berbekas di hati A.P. ‘Rumah adalah tempat paling selamat. Walau kadang-kadang, ia tidak melindungi perasaan kita. Kita tidak tahu betapa manis dan bermakna ikatan kekeluargaan. Sehingga kita merinduinya.’

Kata-kata ini pula membuat hati A.P terpanggil. ‘Kawan itu seperti sapu tangan. Jika kita terluka, dia akan balutkan. Kita terjatuh, mungkin disebabkan cuai atau terleka. Sudahlah kita sakit, dimarahi pula. Kita rasa itu tidak adil. Pada hal, dia cuma ingin ingatkan jangan buat begitu lagi.’

Anas dan Anis yang menjadi cermin, cukupkah membuat A.P mengenali diri? Sudikah A.P pulang setelah melalui pengalaman yang tidak diduga? Bertemukah A.P dengan persahabatan sejati yang dicari-cari?