MB| BAHAGIA BERGANDA
- Regular price
- RM 5.00
- Sale price
- RM 5.00
- Regular price
-
RM 25.00
Secure payments
Authentic products
Share
JUDUL: BAHAGIA BERGANDA
PENULIS: Mohd Zaini Mohd Ariff & Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-620-4
KOD: GB 0407
HARGA: RM 25
TEBAL: 240 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
SINOPSIS
Buku BAHAGIA BERGANDA ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato’ Mohd Zaini Ariff dan ini bermakna sudah empat judul yang dihasilkan bersama, bermula dengan Ilmu Kehidupan, Usahawan Akhirat, Merenung Diri dan kini buku yang sedang anda tatap.
Sering sahaja apa yang rasa di hati datangnya berulang-ulang dan ia sememangnya begitu. Sekadar contoh, rasa bahagia terasa hasil gabungan pelbagai sebab. Ia datang dan pergi. Jika menulis buku itu satu kebahagiaan, maka ia hanya akan jadi kenangan jika tiada buku baharu diterbitkan.
Namun, sebagai penulis mereka sedar bahawa kegembiraan itu sangat kecil dan bersifat sementara. Ini kerana manusia itu akan tetap menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kehidupan. Sampai masanya kegembiraan terdahulu menyusut atau hilang dan berlalu pantas.
Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato’ Mohd Zaini Ariff mahukan sesuatu yang lebih baik dan bersifat kekal, inginkan kebahagiaan yang menjadikan dada berasa lapang selapang-lapangnya dan mahu jiwa tenang tenteram sebagai persediaan menemui DIA dengan hati yang damai.
Maka, ‘Ingat Allah Sentiasa’, frasa yang disemat kukuh dalam sanubari mereka berdua kerana bagi kedua-duanya dengan mengingati Allah, ia merupakan kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebagaimana yang sering dinyata, dunia ini hanya seketika tetapi syurga itulah kebahagiaan sejati.
Maka, ‘Ingat Allah Sentiasa’, frasa yang disemat kukuh dalam sanubari mereka berdua kerana bagi kedua-duanya dengan mengingati Allah, ia merupakan kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebagaimana yang sering dinyata, dunia ini hanya seketika tetapi syurga itulah kebahagiaan sejati.
Buku BAHAGIA BERGANDA ini mereka hulurkan dengan harapan ia menjadi ilmu bermanfaat selain berdoa dan selalu merayu kepada-Nya agar ia menjadi penyebab besar untuk mereka terus bahagia pada hari penghakiman nanti.
Sesungguhnya anugerah ‘profesor’ membahagiakan. Namun kebahagian yang sebenar hanya terasa apabila mampu menitiskan air mata ketika hati menjadi sebak mengingati betapa Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
×
×
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product
