• KAMPUS-PSIKO-
  • kampus+psiko+1-5
  • kampus+psiko+1-6
  • kampus+psiko+1-7
  • kampus+psiko+1-8
1

Komik Kampus Psiko

Regular price
RM 10.00
Sale price
RM 10.00
Regular price
RM 10.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

“Aku ingin memahami manusia dengan harapan ia mampu memberikan ketenangan kepada manusia.”

Itulah rahsia hati seorang remaja yang sebenarnya mempunyai masalah dalam memahami manusia lain. Manusia adalah makhluk ALLAH yang kompleks kerana manusia akan diuji dengan pelbagai ujian. Sedangkan, ramai yang lupa bahawa ALLAH menciptakan ujian untuk menguatkan lagi ingatan kita kepada ALLAH.

Seperti mana yang berlaku kepada Rudy, terdetik di hati Syahir untuk membantu Rudy meringankan bebanan perasaan yang semakin lama, semakin hanyut dalam mainan emosinya sendiri.

Adakah Syahir akan berjaya dalam memahami apa yang dialami Rudy? Adakah Rudy akan terus hanyut dengan emosinya itu?

 

TENTANG PENULIS:

IMANIMEX

Imanimex berasal dari Jeli, Kelantan dan telah menamatkan pengajian sebagai seorang Guru dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa komik iaitu Kompilasi Komik Dakwah Tarbiyyah Imanimex 1 & 2 dan Komik Tarbiyyah No Namida.

Bersama BUKU PURIS antara karya yang telah diterbitkan ialah komik berwarna Seriuslah! dan Ragaman Ramadan.

NAZR SYAFF

Memilih menggunakan nama pena Nazr Syaff, lulusan dalam bidang Mechanical Engineering ini telah memilih kerjaya sebagai pelukis komik freelance. Sebagai ahli Daie Kreatif Venture, beliau turut aktif dalam aktiviti yang dianjurkan syarikat. Beliau telah menerbitkan buku bersama penerbit indie De’Gwet juga menerbitkan komik kompilasi HERO #2 Komik M. 

Bersama BUKU PURIS, karya beliau yang telah diterbitkan adalah komik Godcentric 1 dan Godcentric 2 yang merupakan kolaborasi beliau selaku pelukis bersama dengan Abeben selaku penulis.