• kombo JEJAK TASAWUF (20)
1

KOMBO SIAP SEDIA HAID

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
KOMBO SIAP SEDIA HAID Ratings: 0 - 0 votes
Add to wishlist

SEDIA UNTUK HAID

Sedia untuk Haid menampilkan pendekatan yang santai dengan penerangan yang ringkas, mudah dan jelas. Ia dilengkapi dengan panduan penjagaan diri secara berperingkat agar mudah difahami dan dipraktikkan oleh anak perempuan seawal usia tujuh tahun sehingga 15 tahun.

Semua ini bagi memastikan adik-adik dapat mempersiapkan diri sebelum haid pertama dengan ilmu yang mantap dan tatacara ibadah yang tepat selaras keperluan diri dan tuntutan syariat.

Selain itu, adik-adik turut dibekalkan dengan Pesan Ibu dan Doa Pilihan sebagai panduan meniti alam remaja.

Semoga adik-adik dapat melangkah ke alam dewasa sebagai Muslimah yang pandai menjaga kebersihan diri dan kesucian hati dalam urusan ibadah dan agama.


HAID PERTAMAKU

Haid merupakan proses semula jadi yang dialami oleh golongan wanita berkait dengan kesihatan dan kesuburan tubuh badannya. Dari awal kehadirannya dalam diri seseorang perempuan, haid merupakan titik mula seorang kanak-kanak perempuan menginjak dewasa. Dari situ, dia mengenali batasnya, tanggungjawabnya dan disiplin dirinya. Dari situ juga dia mengenali dosa dan pahala.

Kelebihan

  • Mengajarkan langkah demi langkah bagi kanak-kanak perempuan yang baru sahaja didatangi haid pada peringkat umur 9 tahun ke atas.
  • Perkongsian dikupas dengan santai, juga pada masa yang sama ia mudah difahami.
  • Mencakupi pelbagai pengisian seperti aspek latar belakang, ibadah, kebersihan, penjagaan diri dan sebagainya.
  • Berkongsi tip dan panduan sebagai bekalan dalam menghadapi situasi-situasi tertentu melibatkan haid.

Reviews

Be the first to review