• HADIS--SUATU-PENGENALAN-ASAS-
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-4
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-5
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-6
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-7
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-8
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-9
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-19
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-21
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-36
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-56
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-198
  • FA+hadis+suatu+pengenalan+asas-251
1

Hadis Suatu Pengenalan Asas (SPI 136)

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

Sepanjang sejarahnya, hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membentuk hukum-hakam syariat Islam. 

Oleh itu, wajar jika mempelajari ilmu yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, hal-ehwal, dan juga ketetapan Rasulullah ﷺ ini turut dinilai sebagai salah satu usaha ilmiah yang mulia.

“Akan sentiasa wujud sekumpulan manusia dalam kalangan umatku, golongan yang berada di jalan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka setiap yang menjauhkan diri daripada mereka (dengan tidak membantu atau tidak menyokong), sehinggalah berlakunya kiamat.” (Riwayat Muslim)

Menurut sebahagian ulama, sekumpulan manusia dalam hadis di atas merujuk kepada ahli hadis. Buku ini menghuraikan setiap perkara asas dalam ilmu Hadis. Ia menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan ilmu Hadis; antaranya:

• Sepuluh prinsip dasar tentang ilmu Hadis.

• Mengenali jenis-jenis pembahagian hadis; dari segi jumlah perawi,    kedudukan, penerimaan atau penolakan, dan juga pembicaranya.

• Mengetahui kedudukan, autoriti, dan peranan hadis dalam hierarki perundangan     Islam.

• Mengenali asas-asas ilmu Takhrij Hadis.

• Mengenali asas-asas ilmu Al-Jarh wa At-Ta‘dil.

• Memahami syarat dan proses menaik taraf kedudukan sesebuah hadis.

• Memahami mengapa tidak semua hadis Dhaif tergolong dalam kategori Mardud (ditolak).

Tentang Penulis:

Dr. Shamsul Mohd Nor memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah (disertasi dalam kajian Takhrij Al-Hadits) dari universiti yang sama. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah Al-Badar. Perunding latihan dan bina insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills, dan Islamic Leadership Program. Hadis: Suatu Pengenalan Asas merupakan karya ketiga beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas buku Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas dan Ilmu Tajwid Ringkas.