• WhatsApp Image 2025-03-14 at 3.19.28 PM
  • WhatsApp Image 2025-03-17 at 10.07.28 PM
1

TENANGLAH WAHAI HATI

Regular price
RM 85.00
Sale price
RM 85.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products


Pada zaman yang serba mencabar ini, adalah penting untuk kita menambah dan  menguatkan bukan saja fizikal dan material, malah akhlak dan rohani juga mesti diberi perhatian.

Maka kitab ini membawakan 100 daripada 214 nasihat yang terdapat dalam buku Nashaih al-‘Ibad fi Bayan Alfazh Munabbihat ‘ala al-‘Isti‘dad li yaumi al-Ma‘ad karangan Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani yang bersumberkan hadis, atsar Sahabat, tabi‘in, dan kalam para ulama’ serta wali-wali selepas mereka.

Nasihat-nasihat ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan seperti hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, panduan menghadapi cabaran-cabaran dunia dan petunjuk untuk persiapan ke alam berikutnya.

Nasihat-nasihat ini turut diterjemah dan dihuraikan bagi memantapkan lagi pemahaman pembaca. Mudah-mudahan nasihat-nasihat ini dapat memberi manfaat dan menjadikan pembaca lebih tenang mengharungi kehidupan dan menambah bekalan untuk alam berikutnya.


Tenanglah Wahai Hati

Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll

Kategori: Fardu Ain

Saiz: 23.5 cm X 16.5 cm

Tebal: 736 M/S