• Komik Yeah (5)
  • FA Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan-5
  • FA Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan-13
  • FA Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan-14
  • FA Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan-19
  • FA Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan-42
  • FA Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan-67
  • FA Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan-121
  • FA Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan-200
1

Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan (SM 253)

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

Keadaan ekonomi akan sentiasa naik dan turun mengikut peredaran masa. Keadaan ini kita panggil sebagai kitaran perniagaan.

Sebelum tahun 2000, ramai pakar ekonomi percaya bahawa kemelesetan ekonomi akan berlaku setiap 10 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan sekarang sangat berbeza.

Dalam keadaan sekarang, turun naik ekonomi sukar untuk dijangka. Kemelesetan ekonomi tidak semestinya berlaku setiap 10 tahun. Ia mungkin berlaku kurang daripada itu. Tambahan lagi, ada juga faktor lain yang bukan ekonomi (misalnya wabak penyakit) pada tahun 2020 yang menyebabkan kemelesetan ekonomi. Tiada sesiapa pun yang boleh menjangka ekonomi dunia akan merundum pada tahun tersebut kerana tidak ada tanda-tanda jelas dari aspek ekonomi bahawa akan berlakunya kemelesetan.

Justeru, buku ini menghuraikan tentang konsep-konsep ekonomi dan merungkai salah faham yang berlaku terutamanya kerana tiada orang yang menyampaikan ilmu ini dengan cara yang mudah untuk difahami. Penulis menggunakan bahasa dan gaya penulisan seringkas yang boleh supaya semua pembaca senang faham bagaimana ekonomi berfungsi dalam dunia sebenar.


Kandungan

Prakata

Bab 1: Apakah Itu Inflasi?

Bab 2: Fahaman Dan Aliran Yang Berbeza Dalam Ekonomi

Bab 3: Bank Pusat Dan Peranannya Dalam Ekonomi

Bab 4: Defisit Dan Hutang Kerajaan

Bab 5: Kadar Tukaran Asing Dan Pergerakan Modal Asing

Bab 6: Wang Fiat Dan Pergerakan Kepada Wang Digital

Bab 7: Kawalan Harga Dan Sistem Apungan Di Malaysia

Bab 8: Ekonomi Dunia Pasca Covid 19

Bab 9: Kisah Malaysia Menangani Krisis Ekonomi 1997-98