• Untitled design (4)
1

AA5| Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 9

Regular price
RM 33.25
Sale price
RM 33.25
Regular price
RM 35.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
AA5| Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 9 Ratings: 0 - 0 votes

SINOPSIS

Tadabbur Ayat: Surah At-Taubah Ayat 56 Hingga Ayat 129 dan Surah Yunus Ayat 1 Hingga Ayat 109

Kandungan: Antara perkongsian menarik dalam Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 9 ini ialah:

* Golongan yang Diredai: Muhajirin dan Ansar

* Masjid Quba’ dan Kisah Taubat Tiga Orang Sahabat Rasulullah SAW

* Fitrah Manusia Mengakui Kewujudan Allah SWT

* Al-Quran Adalah Petunjuk dan Penawar Hati

* Seruan Keimanan Nabi Musa a.s. kepada Firaun dan Ahli Sihirnya

* Keimanan Kaum Nabi Yunus a.s


Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.


Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 9 merupakan naskhah ke-17 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Reviews

Be the first to review