• MUNAJAT-&-IKHTIAR-DENGAN-AL-QUR’AN-
  • FA+Munajat+dan+Ikhtiar+dengan+Al+Quran-4
  • FA+Munajat+dan+Ikhtiar+dengan+Al+Quran-5
  • FA+Munajat+dan+Ikhtiar+dengan+Al+Quran-6
  • FA+Munajat+dan+Ikhtiar+dengan+Al+Quran-13
  • FA+Munajat+dan+Ikhtiar+dengan+Al+Quran-14
  • FA+Munajat+dan+Ikhtiar+dengan+Al+Quran-26
  • FA+Munajat+dan+Ikhtiar+dengan+Al+Quran-27
1

Munajat dan Ikhtiar dengan Al-Quran (SPI 135)

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

Kita dituntut untuk sentiasa berusaha dalam setiap urusan kehidupan. Sebagai Muslim, usaha dan ikhtiar bukanlah semata-mata kerja keras dan buah fikiran yang hebat. Namun, setiap usaha itu disandarkan kepada Allah dan diiringi dengan doa dan munajat yang ikhlas kepada-Nya.

Doa dan zikir yang tidak putus serta amalan soleh juga menjadi satu bentuk usaha dan ikhtiar setiap Muslim untuk mendapatkan hajat dan matlamat di dunia juga akhirat. Apalagi jika bacaan-bacaan itu daripada Al-Qur’an yang mulia, diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diamalkan juga oleh orang soleh terdahulu.

Naskhah ini menghimpunkan amalan-amalan dan bacaan-bacaan ayat dan surah Al-Qur’an daripada Rasulullah SAW, para Sahabat dan ulama terdahulu untuk urusan dunia dan akhirat seperti:

  • Membaca surah Al-Kafirun akan membebaskan daripada syirik.
  • Melazimi surah Asy-Syarh selepas solat fardhu memudahkan rezeki, melapangkan dada dan menghilangkan kesukaran dalam urusan.
  • Membaca surah Adh-Dhuha sebagai usaha mencari barang yang hilang dan ketika mengalami kerugian.
  • Membaca surah Al-Fatihah sebagai penyembuh sengatan binatang berbisa dan penyakit gila.