• mukjizat al-quran
1

Mukjizat Al-quran: Huraian Dan Kupasan Terkini

Regular price
RM 47.50
Sale price
RM 47.50
Regular price
RM 50.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
Mukjizat Al-quran: Huraian Dan Kupasan Terkini Ratings: 0 - 0 votes

Bagi yang belum mengenali asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, beliau merupakan seorang ulama Syria yang sangat disegani di peringkat global.

Pandangannya mendahului zaman, dan kata-katanya telah membimbing jutaan ummah. Beliau wafat pada tahun 2013 ketika sedang memberi kuliah di masjid akibat dibom oleh kelompok ekstrimis di sana. Sebuah kehilangan yang besar bagi Dunia Islam. Ilmuwan ulung ini meninggalkan puluhan karyanya kepada kita, namun baru beberapa judul sahaja yang telah diterjemahkan ke bahasa kita.

Buku yang kami sajikan buat anda ini adalah salah satu daripada Siri Kajian al-Quran yang beliau jalankan, dan kali ini mengenai topik Mukjizat al-Quran. Kata asy-Syahid, istilah "mukjizat al-Quran" itu adalah perkataan yang biasa didengari, namun tidak ramai yang memahami maksud istilah tersebut.

Tidakkah begitu?

Apakah yang kita tahu mengenai "al-Quran itu adalah mukjizat"?

Tegasnya, orang yang tidak "mendampingi" al-Quran dengan sepenuh jiwa pasti tidak akan merasai sisi kemukjizatan al-Quran. Padahal, al-Quran itu ialah kalam Allah SWT yang perlu dihayati dan dijiwai oleh seluruh umat manusia.

Walaupun terdapat pelbagai usaha yang dijalankan, dengan wujudnya banyak pusat tahfiz, musabaqah tilawah al-Quran dan sebagainya, bagi beliau itu semua belum memadai. Kerana di sana akan wujud dua kelompok manusia dalam masyarakat. Yang satu, memahami al-Quran, dan berusaha menerapkan ajaran al-Quran dalam kehidupan, sedangkan pihak yang satu lagi bergerak pada arah yang bertentangan.

Oleh itu, keagungan dan kemuliaan al-Quran ini perlu menyelinap masuk ke dalam hati setiap anggota masyarakat. Justeru dalam huraian beliau ini, beliau berusaha menampilkan kupasan yang segar dan baharu mengenai mukjizat-mukjizat al-Quran bagi memudahkan kefahaman orang zaman sekarang.

Reviews

Be the first to review