Kitab Dunya Ibu: Panduan Mengandung dan Memelihara Anak Kecil
- Regular price
- RM 52.25
- Sale price
- RM 52.25
- Regular price
-
RM 55.00
Share
Karya ini mempersembahkan panduan keṣihatan kepada pasangan yang akan menimang cahaya mata dalam sembilan bab. Panduan bermula dengan tanda-tanda ibu mengandung, diikuti persediaan fizikal dan mental, penjagaan makan dan minum, pemeriksaan doktor, keguguran, kelahiran anak, menyusu, kesihatan anak dan diakhiri dengan proses tumbesaran anak di peringkat awal seperti tumbuh gigi dan bercakap.
Penyusun diyaqini membuat ruju'kan dengan pakar kesihatan dan meruju' kepada kajian 'ilmiyah yang berwibawa kerana mempersembahkan dapatan yang tidak mempunyai percanggahan dengan pantang larang dan adat resam tempatan. Panduan yang disusun cukup teratur dan mudah difahami sambil dapat memadukan qa'idah pengubatan moden dan tradisi.
Usaha ini dapat memberi kesedaran kepada pasangan supaya lebih mengambil berat akan kemampuan kewangan keluarga, membuat perancangan dan persediaan, mengenali keadaan dan kesihatan diri dan bersedia dengan 'ilmu dan nasihat daripada pakar supaya qadar kematian dapat dikurangkan.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product