• ILMU TAUHID (4)
1

GA4| AQIL & ROBOT

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
GA4| AQIL & ROBOT Ratings: 0 - 0 votes
Add to wishlist

ISBN: 978 - 983 - 097- 721 - 8

PENULIS: Ard One

Kategori: Komik

Kod: GB489

Tebal: 112 ms

Harga: RM15.00/ RM17.00


SINOPSIS

Komik  AQIL & ROBOT mengisahkan Aqil yang dibesarkan oleh dua orang abangnya selepas kematian kedua ibu bapanya. Dua orang abangnya, Tuah dan Jebat mempunyai fizikal yang berlainan dengan Aqil. Mereka berdua merupakan separuh manusia dan separuh robot.


Bapa dan ibu mereka merupakan saintis dan bapa mereka pakar dalam bidang teknologi robotik. Tuah dan Jebat telah terlibat dalam kemalangan bas sekolah dan tubuh mereka hampir hancur. Bapa mereka berusaha menyelamatkan kedua-duanya dengan menggunakan hasil ciptaan teknologi robotik terhadap mereka berdua.


Kematian kedua-dua ibu bapa mereka berunsurkan dendam. Namun kematian mereka tidak mematikan dendam terhadap keluarga tersebut sebaliknya anak-anak mereka iaitu Tuah, Jebat dan Aqil menjadi galang gantinya.


Demi mendapatkan formula rahsia bapa mereka, Aqil dan abang-abangnya telah diserang oleh Sang Gelap yang juga merupakan separuh manusia dan separuh robot. Kehadiran Sang Gelap turut merungkai kisah dan kebenaran yang disimpan oleh kedua abang Aqil selama ini. Apakah kisah disebalik ciptaan robotik bapa mereka dan apakah formula rahsia yang begitu penting bagi Sang Gelap?


TENTANG PENULIS

Berasal dari Taiping, Perak dan merupakan seorang pelukis komik dan pereka grafik sepenuh masa. Pernah melukis untuk Majalah Gila-Gila dan Umbra Comix. Komik solo yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah Dear Yayah The Comics, Dunia Didi, Robo Waja serta Tuah. Selain itu beliau juga terbabit dalam bidang animasi.

Reviews

Be the first to review