Bercerita Gaya Storytelling
- Regular price
- RM 83.60
- Sale price
- RM 83.60
- Regular price
-
RM 88.00
Share
Sejak beberapa tahun lepas, saya menjadi ketagih menulis fiksyen mikro.
Setiap hari, saya jadi 'jutawan perkataan', menulis sebagai terapi diri dan banyak catatan disiarkan setiap hari di media sosial.
Saya juga memaksa diri supaya menulis cerita pendek hanya 100 patah perkataan. Saya mendapati menulis cerita pendek lebih susah dari menulis karangan panjang.
Saya juga mengambil bahagian dalam beberapa siri kursus penulisan - berguru dengan ramai guru.
Apabila media sosial menjadi sangat mengganggu, dengan segala macam gosip dan fitnah, saya hampir menyerah.
Keutamaan sejak dahulu ialah menulis buku impian, dan ironinya saya tidak melakukan apa-apa.
Pada hal, impian itu sentiasa menyala, mahu menyiapkan 100 buah buku sepanjang hayat Insya-Allah.
Terbukti minat saya terhadap fiksyen mikro sentiasa hidup.
Saya terus menulis walaupun belum pernah menerbitkannya; mengasah kemahiran diri bukan sahaja fiksyen mikro tetapi sebagai penulis fiksyen dan tentunya keutamaan adalah non-fiksyen.
Fiksyen mikro adalah lebih daripada sekadar cerita padat; ia merupakan versi penulisan fiksyen yang sukar dan mencabar.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product