(AJ) Terjemahan & Penjelasan Minhat al-Mughith fi 'Ilm Mustalah al-Hadith Matan Asasi Ilmu Hadith
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kitab Minḥat al-Mughīts fī ʿIlm Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth ditulis oleh Syeikh Ḥafiẓ Ḥasan al-Masʿūdī, beliau merupakan seorang ulama al-Azhar al-Syarīf di Mesir. Kitab ini merupakan sebuah karya pengenalan dan penting dalam mempelajari Ilmu Hadith.
Kitab Minḥat al-Mughīts fī ʿIlm Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth ditulis oleh Syeikh Ḥafiẓ Ḥasan al-Masʿūdī. Karya ini selesai dikarang pada hari khamis 6 haribulan Jumadil Akhir 1338 H (1918 M).
Kitab Minḥat al-Mughīts fī ʿIlm Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth ini telah lama dikaji, diajarkan dan dipelajari di madrasah dan pondok-pondok di Nusantara. Penterjemahan karya ini merujuk kepada kitab asal yang diterbitkan pada tahun 1352 H/ 1933 M cetakan yang kedua dan dicetak oleh Maṭbaʿah al-Ṣāwī, Jalan ʿAbd. al-ʿAzīz, Mesir.
Karya-karya di dalam bidang hadith sangat banyak dan pelbagai. Kitab Minḥat al-Mughīth ini amat sesuai sebagai karya permulaan. Oleh itu, karya ini telah menjadi kitab rujukan pertama dalam bidang mustalah hadith yang biasa dikaji, dipelajari dan diajarkan di pondok-pondok pesantren Nusantara hingga kini.
Kitab Minḥat al-Mughīth ini dapat diibaratkan sebagai pintu utama sebelum mempelajari ilmu hadith yang lebih tinggi, kerana amatlah sukar bagi sesiapa yang menuntut ilmu hadith tanpa mengenal dan memahami terlebih dahulu istilah-istilah utama dalam disiplin tersebut. Setelah mempelajari karya ini, barulah para penuntut dibenarkan untuk belajar hadith ke peringkat seterusnya.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product