Bagi yang masih bujang atau muda (bawah 30 tahun), inilah masa yang paling sesuai untuk mengumpul wang atau modal, kerana masih kurang tanggungjawab dan masih boleh berusaha gigih demi kerjaya anda. Sepertimana yang dikatakan oleh pempengaruh TikTok, MadNor, dengan tegurannya yang tersebar meluas di media sosial. Teguran kepada anak muda atau generasi z untuk menyimpan serta menjaga kewangan.
1. Tidak memerlukan telefon bimbit yang canggih atau terkini (kecuali kerjaya anda memerlukannya dan syarikat akan membayar bil telefon bimbit anda).
2. Tidak perlu makanan yang mahal dan tidak perlu makan kerap atau makan di restoran yang mahal.
3. Tidak memerlukan pakaian mahal atau berjenama.
4. Tidak memerlukan kenderaan sendiri (kecuali kerjaya anda memerlukannya dan syarikat anda membayar kos pengangkutan anda).
5. Tidak memerlukan hiburan luar seperti menonton wayang kerana anda sibuk bekerja.
6. Tidak memerlukan kad kredit kecuali kerjaya anda memerlukannya dan syarikat anda membayar perbelanjaan anda.
7. Tidak perlu membazir atau berbelanja.
8. Tidak perlu berhutang.
9. Tidak perlu merokok.
10. Tidak perlu ada teman wanita atau teman lelaki. (Haram)
"Persoalan timbul, mampukah kita melakukan perkara-perkara di atas dan berubah? Bagi kebanyakan orang memang susah. Saya kata boleh, kerana sesetengah boleh dan mereka sudah pun jadi separa jutawan dan ada yang dalam proses nak jadi jutawan senyap, insya-Allah."
Kalau dilihatkan daripada contoh yang saya beri, fomula yang senang nak kaya atau jadi jutawan ialah ubah sikap dan sabar (perlu memiliki minda jutawan untuk jadi jutawan, semuanya bermula daripada minda). Ini saya rasa formula yang paling senang tapi susah nak dilaksanakan kerana kebanyakan orang layu sebelum kembang dan kurang sabar.