Subuh: Nikmat yang Tersembunyi

Subuh: Nikmat yang Tersembunyi

Subuh. Di kala sinar sang mentari belum muncul di ufuk timur, hadir keberkatan buat insan yang tidak lupa beribadah pada saat itu. Kegembiraan-kegembiraan (bisyarat) yang ada pada waktu pagi yang disebutkan dalam beberapa hadis termasuklah:


A) KEBERKATAN PADA WAKTU AWAL PAGI


Daripada Sayyidina Shakhr bin Wada’ah al-Ghamidi , daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,


“Ya Allah, berkatilah umatku pada awal waktu paginya.” Adalah Baginda apabila mengutuskan sariyyah (untuk berperang) atau pasukan tentera, Baginda

mengutuskan mereka pada awal hari (pagi).


B) 2 RAKAAT SOLAT SUNAT SUBUH ATAU SOLAT SUNAT FAJAR (ASH-SHADIQ) LEBIH BAIK DARIPADA DUNIA DAN SEGALA ISINYA


Daripada Sayyidatina Aisyah , daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,


“Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”


C) SOLAT SUBUH DAN BEBERAPA KELEBIHAN YANG ADA PADANYA


  • Mendapat pahala seolah-olah mengerjakan solat sunat (qiyamullail) daripada selepas solat Isya’ berterusan sehingga masuk waktu Subuh

  • Masuk syurga

  • Tidak masuk neraka

  • Berasa dalam penjagaan dan jaminan Allah 

  • Mendapat jaminan (perlindungan) Allah

  • Malaikat menjadi saksi terhadap solat subuh yang didirikan

  • Mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat

  • Mendapat kenikmatan melihat Allah

  • Memulakan pagi dengan segar dan jiwa yang baik

  • Selamat dari sifat nifak (munafik)


D) GANJARAN SEKIRANYA TETAP DUDUK SEPERTI DUDUK KETIKA TAHIYYAT AKHIR, TIDAK BERCAKAP SEHINGGA SELESAI MEMBACA 10 KALI:




Mendapat 100 kebaikan (pahala), dihapuskan 100 kejahatan (dosa),diangkatkan 100 darjat (kedudukan), diberi pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, terjaga daripada syaitan, mendapat perlindungan dari pagi sehingga ke petang dan tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya.


E) KELEBIHAN MEMBACA 7 KALI:



Mendapat perlindungan daripada api neraka.


Mulakan hari dengan baik, insya-Allah hari tersebut akan berakhir dengan baik.