Sifat Harus Bagi Allah

Sifat Harus Bagi Allah

Ilmu tauhid merupakan sejenis bentuk ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran akidah Islam. Fardu ain yang pertama sekali ke atas mukallaf ialah mengenal Allah dengan mengenal sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil dan harus. Kebiasaannya sifat wajib dan mustahil sering dibahaskan, namun sifat harus bagi Allah jarang sekali diperdengarkan. 

Berikut merupakan sifat harus bagi Allah:

SIFAT HARUS BAGI ALLAH

Sifat harus bagi Allah hanya satu iaitu:


Ia bermaksud, pada ketika hadits atau imkan, harus (ja’iz), bukan wajib bagi Allah dan bukan mustahil atas-Nya sama ada untuk melakukan sesuatu ke atas makhluk atau tidak seperti:

i) menciptakan yang baik dan yang buruk

ii) menciptakan Islam pada si fulan dan kufur pada si fulan yang lain

iii) memberikan ilmu kepada salah seorang daripada kedua-duanya dan jahil pada yang lain

iv) memberi pahala kepada orang yang taat sebagai anugerah daripada-Nya atau menyeksa kepada orang yang melakukan maksiat sebagai keadilan daripada-Nya

v) mengutuskan para Nabi dan Rasul

vi) mengharuskan makhluk melihat-Nya di akhirat di dalam syurga tanpa kaifiat

vii) melakukan shalah iaitu yang baik dan ashlah yang lebih baik terhadap makhluk

viii) memberi rezeki sehingga seseorang menjadi kaya atau tidak memberi rezeki kepadanya

ix) melakukan kebaikan kepada hamba-Nya atau melakukan sebaliknya semuanya hanya harus bagi Allah untuk melakukannya pada hukum akal, bukan wajib dan bukan mustahil ke atas-Nya kerana kuasa mutlak untuk melakukannya atau tidak adalah milik Allah sahaja tanpa dipengaruhi oleh yang lain.

Dalil naqli:

Dalil aqli (burhan)

Jika wajib bagi Allah untuk melakukan sesuatu ke atas makhluk atau wajib tidak melakukannya, atau mustahil atas Allah untuk melakukan sesuatu ke atas makhluk atau mustahil tidak melakukannya, maka ia adalah mustahil kerana hakikatnya ia hanya harus bagi Allah, bukan wajib atau mustahil.

***

Sesungguhnya ilmu tauhid wajib dipelajari agar tidak tepesong daripada landasan akidah yang benar sehingga menyekutukan Allah. Semoga Allah sentiasa memelihara iman kita setiap masa.


Related products