• kehilangan
  • WhatsApp Image 2026-04-22 at 9.58.06 AM
1
PREORDER

[PRE-ORDER] TERBAHARU| KEHILANGAN … dan Kasih Sayang Tuhan

Regular price
RM 38.25
Sale price
RM 38.25
Regular price
RM 45.00
Secure payments | Galeri Ilmu Media Grup
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu Media Grup
Authentic products
[PRE-ORDER] TERBAHARU| KEHILANGAN … dan Kasih Sayang Tuhan Ratings: 0 - 0 votes
Add to wishlist

JUDUL: KEHILANGAN … dan Kasih Sayang Tuhan

Penulis: Rakan-Rakan MKI

ISBN: 978-629-7929-06-4

Kod: GB0923

Ketebalan: 224

Saiz Buku: 8.5” X 5.5” (Potrait)

Harga: RM45


DESKRIPSI:

Kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada kehilangan, lebih-lebih lagi apabila kehilangan seorang guru, sahabat dan pembimbing yang selama ini menjadi sumber inspirasi. 

Buku ini dihasilkan bersempena pemergian Dr. Muhd Kamil Ibrhim (MKI) pada awal tahun 2025. 

Beliau sendiri telah mengingatkan rakan-rakannya bahawa kehilangan bukan noktah. Beliau mahu mereka terus berdakwah melalui tulisan, walaupun tanpa kehadirannya secara fizikal.

Atas dasar itulah, buku ini dihasilkan – sebuah karya yang lahir tanpa Dr. MKI di sisi, tetapi sarat dengan nilai dan semangat yang telah beliau tanamkan. 

Kehilangan sebagai ujian daripada Allah hadir dalam pelbagai bentuk: ketakutan yang menggoncang emosi, kelaparan yang menguji kebergantungan, kekurangan harta yang mencabar keyakinan, kehilangan jiwa yang meruntun perasaan, serta kegagalan hasil usaha yang melemahkan harapan.

Kehilangan perlu dilihat bukan sebagai beban kehidupan, tetapi sebagai ruang muhasabah dan pemurnian jiwa. 

Semoga setiap halaman yang dibaca mampu menguatkan hati, menenangkan jiwa, dan mengingatkan bahawa di sebalik setiap kehilangan, ada kasih sayang Tuhan yang sedang membentuk kita.

Reviews

Be the first to review