GALERI ILMU (1)
Galeri Ilmu sedang mencari Editor Perolehan! 📚

Tugas Utama:

Urus projek penerbitan buku dari A-Z, Sebelum, semasa dan selepas sesuatu karya diterbitkan.

Skill Diperlukan:

  • Boleh merancang dan menyusun projek.
  • Komunikasi, PR yang bagus.
  • Aktif, Proaktif, Kreatif
  • Tahan Lasak

Email resume anda ke: job@galeriilmu.com.my 
Atau submit detail anda di form ini: https://forms.gle/U3WvZA6LHRt6PTYa9

Kemasukan: Segera, hanya LELAKI.


Jom sertai kami! 🌟

#JawatanKosong #EditorPerolehan #GaleriIlmu


----------------------------------------------

PERANAN EDITOR PEROLEHAN:

Dalam penerbitan editor perolehan adalah orang yang bertanggungjawab sebagai pengurus projek dan pengurus penulis. Sebagai pengurus projek tugas utama mereka adalah mendapatkan manuskrip, merancangnya, mereka konsep, mencongak dan menentukan hala tuju manuskrip. Dalam mengurus projek mereka perlu bekerja bersama-sama editor pengurusan dan juga artis grafik. Dalam hal ini editor perolehan bertindak sebagai ketua projek. Apabila ketiga-tiga pihak ini jelas dengan konsep produk yang ingin dicipta, usaha menerbitkan buku berkualiti pasti berjaya.

Apabila sesuatu buku berjaya diterbitkan, tidak bermakna tugasnya selesai di situ. Produk atau buku itu  perlu dijaga, dimantapkan isinya dan dikembangkan oleh editor perolehan. Sesebuah penerbit akan dikenali sebagai maket leader sesuatu siri atau produk apabila ia banyak menerbitkan buku dalam siri itu. Apabila ia sudah menjadi market leader, editor perolehan perlu menjaga ‘gelaran’ ini supaya ia tidak dirampas oleh orang lain. Caranya adalah dengan terus mengembangkan produk dalam siri itu dan memperbanyakkannya.

Seain itu, editor perolehan bertindak sebagai pengurus artis. Artis penerbit adalah penulis. Tugas mereka adalah membangunkan bakat penulis, memberi motivasi, mengikuti perkembangan dan jadual penulisnya. Apabila editor pandai membangunkan bakat dan memberikan motivasi kepada penulis, penulis seronok bekerja dengannya seterusnya dapat berkarya dengan lebih banyak.

Peranan editor perolehan yang lain adalah sebagai pemimpin, usahawan, pembawa inovasi dan pembawa obor jenama penerbit.