(SOLD OUT) AL-MATHURAT DAN SURAH-SURAH PILIHAN
-10%

(SOLD OUT) AL-MATHURAT DAN SURAH-SURAH PILIHAN

RM22.50 RM25.00
Product Code: GB0644
Stock Out Of Stock

Overview

AL-MA'THURAT DAN SURAH-SURAH PILIHANISBN: 955-574-970-044-1Penyusun: Ustazah Asma’ HarunKod: GB0644Kandungan: Warna-warni (4 warna)Tebal: 136 msSaiz: 148mm x 210mmBerat: 0.3 kg (anggaran)Tar...

AL-MA'THURAT DAN SURAH-SURAH PILIHAN

ISBN: 955-574-970-044-1
Penyusun: Ustazah Asma’ Harun
Kod: GB0644
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 136 ms
Saiz: 148mm x 210mm
Berat: 0.3 kg (anggaran)
Tarikh terbit: Disember 2020
Harga: RM25.00/RM27.00



SINOPSIS


Selain memuatkan Al-Ma’thurat yang mempunyai kelebihan yang besar, buku ini mengangkat lima surah pilihan yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri untuk dijadikan amalan harian.

Lima surah itu – al-Kahf, Yasin, ar-Rahman, al-Waqiah dan al-Mulk – disertakan dengan terjemahannya untuk memudahkan para pembaca menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap ayat.

Malah istimewanya buku ini, Ustazah Asma’ Harun telah menyertakan kelebihan-kelebihan mengamalkan setiap surah. Insya-Allah jika diamalkan setiap hari, ia akan menambah iman, memberi motivasi dan inspirasi serta menjadi benteng diri kepada pembaca.

Manakala Al-Ma’thurat adalah untaian ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir terpilih susunan Imam Hasan al-Banna bersandarkan hadis-hadis Nabi SAW.



Kelebihan mengamalkannya, antara lain:

• Dilindungi daripada syaitan
• Dihidupkan hati
• Terhindar daripada kemudaratan
• Terhindar daripada racun atau sengatan serangga berbisa
• Mendapat keselamatan