Hero Kelas Corot
-10%

Hero Kelas Corot

RM13.50 RM15.00
Product Code: GB0542
Stock 50

Overview

JUDUL: HERO KELAS COROTISBN: 978-983-097-797-3Genre: MotivasiPenulis: Al-Fatihe HanafiahKod; GB0542Tebal: 128 msHarga: RM15.00/RM17.00Berat: 0.14 KG (140 gm)SINOPSISPenulis ingin berkongsi p...
JUDUL: HERO KELAS COROT
ISBN: 978-983-097-797-3
Genre: Motivasi
Penulis: Al-Fatihe Hanafiah
Kod; GB0542
Tebal: 128 ms
Harga: RM15.00/RM17.00
Berat: 0.14 KG (140 gm)


SINOPSIS
Penulis ingin berkongsi pengalaman sebagai insan yang pernah berada di barisan paling belakang kelas, kelas paling corot! Sekaligus mengajak pembaca untuk melihat dunia ini dari perspektif yang berbeza. 

Bahawa, bukan semua anak-anak kelas corot akan gagal menjadi manusia berguna. 

Jika betul didikannya, mereka mungkin akan lebih berjaya daripada pelajar yang saban tahun naik pentas menerima anugerah!

Ia sebuah penulisan ringan, santai tapi amat menarik, melibatkan isu masyarakat yang biasa tetapi cuba disentuh menerusi sisi yang berbeza. Tentang pelbagai masalah yang berlaku di sekeliling kita. Tentang punca, kesan, siapa yang terlibat, di mana silap dan apakah penyelesaiannya.  Kerana apa yang berlaku hari ini menentukan kesannya pada hari esok.

Buku ini mampu menyuntik kesedaran awal bagi menyelamatkan generasi kita daripada masalah yang akan menimpa.



KANDUNGAN MENARIK:
·        Kau Tu Asal Bodoh!
·        Kalau Dapat 5 E Baik Tak Payah Datang Sekolah!
·        Ketua Gangster Jadi Guru Disiplin, Pelajar 10A Jadi Kerani
·        Pegawai Polis 7E Spm
·        Budak Kelas Corot Gelap Masa Depan
·        Masuk Universiti Tapi Menganggur!
·        Kerja Tak Boleh Memilih?
·        Dan banyak lagi

APA KATA BONDA NOR?
Sukar untuk saya percaya naskhah hebat ini ditulis oleh seorang insan yang sering mendapat nombor corot dan berada di dalam kelas corot. Perkongsiannya terlalu matang dan mengesankan.


Paling penting, naskhah ini telah berjaya membuka satu paradigm baru untuk masyarakat kita dan memberikan harapan buat mereka yang barangkali sudah berputus asa. Allahuakbar! Siapa kata budak kelas corot tidak boleh berjaya? Penulis buku ini sendiri telah membuktikannya! Tahniah, Al-Fatihe. Anda, idola!