JUDUL: COCONUT SHAKE SATU!
PENULIS: Fedtri Yahya
ISBN: 978-983-097-638-9
KOD: BP0007
TEBAL: 192 ms
HARGA: RM 20 / RM 22
BERAT: 0.2 kg (200 gm)
SINOPSIS
Memandang sinis tanpa memahami. Mencerca tanpa mendoakan kebaikan. Menjauhi tanpa rasa belas untuk membantu. Kita alpa dan lalai dengan nikmat kesenangan.
Subuh … mengantuk
Zuhur … kekenyangan
Asar … kesesakan
Maghrib … keletihan
Isyak ... kesibukan
Buku Puris yang ketujuh ini, COCONUT SHAKE SATU! merupakan nukilan penulis yang wajahnya sering muncul dalam mengacarakan beberapa program di kaca Tv, Ahmad Fedtri Yahya.
Beliau mencoretkan beberapa buah artikel serta puisi yang sinonim dengan bahasa puitis yang digunakan olehnya semasa bersiaran, beliau mengharapkan ada yang mengutip inspirasi dari apa yang ditulis juga ada yang mengambil iktibar dari apa yang dikarangnya.
Sepanjang menulis buku ini, tak terhitung jumlah insan bermanfaat yang di temui beliau. Di rumah sudah pasti. Di pejabat juga sama. Di perjalanan bertambah lagi. Di majlis ilmu apatah lagi. Alhamdulillah, hidup ini dikelilingi manusia positif yang kuat memancarkan aura keikhlasan mereka.
Dengan menulis, Fedtri Yahya berharap ilmu yang ada itu tidak akan statik dan akan terus berkembang, biar sedikit, asalkan jejak ilmu terus berputik. Semoga tulisan ini memberi gerimis manfaat buat kalian.