• KIAMAT
  • usp rahsia kiamat
1

(PREORDER) Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products
Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat
Penulis: Dr. Udah Mohsin
ISBN: 978-629-7556-97-0
Kod: GB0819
Saiz:   21.5cm x 14cm (Portrait)
Jumlah ms: 264 muka surat
Berat: 0.45kg
Harga: RM30.00/RM32.00*

SINOPSIS

Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat menawarkan pandangan mendalam mengenai hari Kiamat dan perjalanan manusia selepas kebangkitan dari Barzakh.

Mengupas pelbagai aspek penting yang berkaitan dengan hari Kiamat dan alam Akhirat. Antara topik-topik menarik dan mendebarkan:

- Tiupan sangkakala saat Kiamat.
- Kebangkitan semula dari kubur.
- Dahsyatnya Padang Mahsyar.
- Lima jenis syafaat Rasulullah SAW untuk umat Baginda.
- Penjelasan tentang timbangan amal di al-Mizan.
- Gambaran saat menyeberangi al-Sirat.
- Penjelasan tentang al-Qantarah, tempat di antara neraka dan Syurga.

Bersumberkan ilmu yang autentik, karya ini mendorong kita membuat persiapan dan mencari bekal akhirat dengan meningkatkan ketakwaan dan amal soleh. Satu panduan komprehensif bagi memahami lebih lanjut mengenai peristiwa akhir zaman dan kehidupan selepas kematian dalam Islam.

Tentang Penulis

DR. UDAH MOHSIN Mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) Kementerian Dalam Negeri sesi 2019- 2020, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat merupakan karya kelapan beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

TEST