• 10-KISAH-KAUM-YANG-DIBINASAKAN
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-4
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-27
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-5
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-6
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-7
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-19
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-22
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-25
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-29
  • FA+10+Kaum+Yang+Dibinasakan-31
1

10 Kisah Kaum Yang Dibinasakan

Regular price
RM 10.32
Sale price
RM 10.32
Regular price
RM 12.90
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS

Buku kisah teladan ini mengandungi 10 kisah yang sangat menarik iaitu:                                                 

1          Kaum Nabi Nuh: Bencana Air Dari Langit Dan Bumi

2          Kaum ‘Ad: Bencana Kemarau Dan Angin Sejuk Yang Kencang

3          Kaum Tsamud: Mayat Bergelimpangan Dipanah Petir

4          Kaum Nabi Lut: Kaum Songsang Digoncang Bumi

5          Kaum Madyan: Diazab Hawa Panas Dan Percikan Api

6          Firaun Dan Pengikutnya: Ditelan Laut Terbelah

7          Ashab Al-Sabt: Dihina Menjadi Kera

8          Penduduk Saba’: Dilanda Banjir Besar

9          Perkampungan Antakiah: Pekikan Dari Langit

10        Ashabul Fil: Dilempar Batu Berapi

 

Latar Kisah

Dalam kekalutan itu, mereka melihat awan yang tebal lagi hitam. Tanpa berlengah, mereka semua berlari-lari menuju ke arah naungan awan hitam itu. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman guruh yang amat kuat dari langit. 
 

Bergeraklah bumi tempat mereka berpijak itu. Lantai bumi menjadi tidak stabil. Mereka berlanggaran dan menghempap antara satu sama lain. Awan hitam yang mereka sangka akan menurunkan hujan itu rupa-rupanya membakar mereka sehingga menjadi abu yang berterbangan.

 Dalam kebuntuan Abrahah dan tentera-tenteranya, tiba-tiba langit di ufuk barat kelihatan hitam pekat dan amat menggerunkan. Bunyi jeritan burung-burung bersilih ganti dengan bunyi libasan kepak-kepak burung menggamat suasana. Bunyi itu amat kuat dan mengerikan. 
 
Kemudian, kelihatan berbondong-bondong kawanan burung berterbangan di udara. Tidak mungkin mampu dikira kerana terlalu banyak bilangannya. Tidak kelihatan langsung awan di langit melainkan dipenuhi dengan jutaan burung yang entah dari mana datangnya.