Menu
Your Cart

Pedoman Puasa-puasa Sunat

Puasa sunat merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu, terdapat beberapa puasa sunat yang biasa menimbulkan perselisihan dalam kalangan masyarakat berkenaan hukum mengamalkannya. Oleh itu, dalam Pedoman Puasa-puasa Sunat ini penulis menjelaskan amalan tersebut bersandarkan kepada hadis-hadis Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, turut disertakan perbahasan ulama mengenai khilaf-khilaf pendapat yang wujud.

 

 

Naskhah ini akan membawa pembaca memahami berkenaan:

 

  • Dalil fadilat berpuasa secara umum
  • Fadilat puasa Asyura
  • Perbahasan ulama tentang puasa sembilan hari pertama bulan Zulhijah
  • Khilaf ulama dalam puasa bulan Rejab
  • Hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban
  • Hukum berpuasa pada hari Jumaat sahaja

Tentang Penulis:

Dr. Udah Mohsin Mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) Kementerian Dalam Negeri sesi 2019-2020, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pedoman Puasa-puasa Sunat merupakan karya keenam beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

ISBN: 978-983-097-987-8
Penulis: Dr. Udah Mohsin
Kod: GB0697
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Tebal: 136 halaman
Teks Dalam: 2C
Berat: 0.5kg

Harga: RM20.00 / RM22.00

 

Tags: puasa