Menu
Your Cart
10% OFF on all products Shop now

Komik Kembar

Komik Kembar
. -30 %

Azmira, seorang pegawai konservasi, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.

 

*******

“Alang, memang susah nak diterima akal. Terpulanglah mahu percaya atau tidak. Tapi, aku yakin, makhluk ini keturunan engkau. Sebagai orang tua, engkau terimalah nasihat aku. Ini semua kerja Allah. Qadak dan qadar Allah. Engkau pun orang alim, tentu lebih maklum akan hal ini. Allah hantarkan makhluk ini pasti ada sebab.”

 

Tentang Penulis:

CIKGU MAHMUD

 

Seorang pelukis dan juga seorang ustaz yang menggunakan nama pena Cikgu Mahmud. Bertugas di Madrasah Tahfiz Al Ukhuwwah, Petaling Jaya. Merupakan pelukis freelance dan sering melukis komik dakwah di media sosial seperti di Instagram. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Iz Zunairah di bawah Buku Puris.

 

IZ ZUNAIRAH

Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor. 

Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti Epistolari, Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga. Karya ini merupakan karya ketiga bersama Buku Puris selepas novelet Seramistik, Pulangkan Kembar Puaka dan Rasukan Buaya.

 

Berat: 0.13 KG (130 gm)

Write a review

Please login or register to review
Komik Kembar
READY STOCK
Stok tersedia, boleh buat tempahan seperti biasa.
  • Stock: 998
  • Model: BP0058
  • Weight: 0.13kg
Product Views: 5233
This offer ends in:
Day
Hour
Min
Sec
RM10.00
RM7.00