Menu
Your Cart

KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR

KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
-20 %
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR
KOMBO DR SHAMSUL MOHD NOR

Koleksi buku-buku tulisan Dr Ustaz Shamsul Mohd Nor dengan tawaran harga diskaun istimewa:

1. Tasawuf Suatu Pengenalan Asas

Buku ini menerangkan dengan jelas dan terperinci berkaitan jiwa, nafsu, dan hati yang merupakan perbahasan utama dalam ilmu Tasawuf. Sepertimana kita sentiasa membersih dan menghias tubuh badan, maka kita juga perlu berusaha untuk membersihkan dalaman kita daripada segala yang buruk dan menghiasnya dengan sifat-sifat yang baik.
Hati yang baik dan jernih adalah padanan dengan amalan yang baik dan diterima. Mana mungkin amalan dan pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas, jahil dan riyak diterima oleh Allah. Maka, kita mesti berusaha memperbaiki rohani seiring dengan membanyakkan amalan dan ibadah. Moga-moga nanti kita diredhai oleh Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya. Amin

 

2. Tajwid Ringkas

Setiap perbahasan dalam ilmu Tajwid disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. 

Disertai gambar rajah berwarna, latihan dan panduan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai ilmu Tajwid dengan sempurna hingga mampu membaca al-Quran dengan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, memenuhi hak-hak setiap huruf dan menepati kadar bacaan pendek atau panjangnya serta waqaf dan ibtida’.

 

3. 40 Hadis Sahih Tentang Akidah

Buku 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.

Dalam buku ini penulis turut menghuraikan hadis-hadis tentang akidah yang bersifat Mutasyabihat mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan muktabar ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT tersebut.

Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam memahami nas-nas Mutasyabihat adalah untuk menyelamatkan akidah umat daripada penyelewengan serta menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk.

Al-Subki berkata, “Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy‘ari tidaklah meletakkan asas akidah ini di atas dasar pandangannya, melainkan ia adalah penerusan dan kesinambungan daripada mazhab Salaf dan apa yang difahami daripada Baginda Rasulullah ﷺ.”

 

4. Rahsia Nama 114 Surah al-Quran

Naskhah ini hadir bagi mengetengahkan pesan-pesan utama di sebalik nama-nama surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Penting bagi umat Islam untuk mengetahui latar belakang dan rahsia di sebalik nama-nama surah tersebut. Kerana hanya dengan mengetahui dan memahaminya, umat Islam mampu mendapatkan gambaran umum tentang isi kandungan Al-Qur’an dengan lebih utuh dan lengkap.

Di samping itu, Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an ini turut dilengkapi dengan terjemahan kitab Manzhumah Al-Zamzami. Sebuah karya klasik yang ditulis oleh cendekiawan pelbagai disiplin ilmu, Syeikh Abdul Aziz al-Zamzami (900-976 Hijrah). Kandungan kitab ringkas ini adalah berdasarkan perbincangan dalam bab Ulum Al-Qur’an yang terkandung dalam kitab Al-Nuqayah karangan Imam Jalaluddin al-Suyuti. Manzhumah Al-Zamzami merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran asas di beberapa institusi pengajian Islam semenjak era kerajaan Utsmaniyyah. Hingga kini ia masih dijadikan rujukan di beberapa sekolah Islam sama ada di Timur Tengah mahupun Asia Tenggara.

Manzhumah Al-Zamzami merupakan salah satu rujukan asas dan lengkap bagi pembaca yang ingin mengintai luasnya cakerawala perbahasan ilmu Usul Tafsir. Semoga dengan adanya kombinasi antara pengenalan 114 surah dan asas ilmu Usul Tafsir ini, buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap bagi mempelajari kandungan Al-Qur’an.

 

5 Hadis Suatu Pengenalan Asas

Sepanjang sejarahnya, hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membentuk hukum-hakam syariat Islam. Oleh itu, wajar jika mempelajari ilmu yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, hal-ehwal, dan juga ketetapan Rasulullah ﷺ ini turut dinilai sebagai salah satu usaha ilmiah yang mulia.

“Akan sentiasa wujud sekumpulan manusia dalam kalangan umatku, golongan yang berada di jalan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka setiap yang menjauhkan diri daripada mereka (dengan tidak membantu atau tidak menyokong), sehinggalah berlakunya kiamat.” (Riwayat Muslim)


Menurut sebahagian ulama, sekumpulan manusia dalam hadis di atas merujuk kepada ahli hadis. Buku ini menghuraikan setiap perkara asas dalam ilmu Hadis. Ia menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan ilmu Hadis; antaranya:

  • Sepuluh prinsip dasar tentang ilmu Hadis.
  • Mengenali jenis-jenis pembahagian hadis; dari segi jumlah perawi, kedudukan, penerimaan atau penolakan, dan juga pembicaranya.
  • Mengetahui kedudukan, autoriti, dan peranan hadis dalam hierarki perundangan Islam.
  • Mengenali asas-asas ilmu Takhrij Hadis.
  • Mengenali asas-asas ilmu Al-Jarh wa At-Ta‘dil.
  • Memahami syarat dan proses menaik taraf kedudukan sesebuah hadis.
  • Memahami mengapa tidak semua hadis Dhaif tergolong dalam kategori Mardud (ditolak)

 

BIODATA PENULIS
DR. SHAMSUL MOHD NOR
Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah al-Badar. Perunding Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills dan Islamic Leadership Program.
RM175.00
RM140.00
  • Stock: 50
  • Weight: 2.00kg
Product Views: 746

 

 

 

 

Tags: drshamsul