• ADAB-AL-MUFRAD-JILID-1-
  • Al-Adab+Al-Mufrad-5
  • Al-Adab+Al-Mufrad-6
  • Al-Adab+Al-Mufrad-7
  • Al-Adab+Al-Mufrad-8
  • Al-Adab+Al-Mufrad-9
  • Al-Adab+Al-Mufrad-10
  • Al-Adab+Al-Mufrad-11
  • Al-Adab+Al-Mufrad-12
  • Al-Adab+Al-Mufrad-17
  • Al-Adab+Al-Mufrad-18
  • Al-Adab+Al-Mufrad-25
  • Al-Adab+Al-Mufrad-26
  • Al-Adab+Al-Mufrad-32
  • Al-Adab+Al-Mufrad-46
1

Adab al-Mufrad Jilid 1

Regular price
RM 19.80
Sale price
RM 19.80
Regular price
RM 22.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products

SINOPSIS:
 
 AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam.
 
 Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini:

✔Adab dengan ibu bapa

✔Keutamaan dan kelebihan silaturahim

✔Adab terhadap jiran

✔Akhlak sesama Muslim

 

MUQADDIMAH KITAB

Oleh: Al-Muhaddits al-Ushuli Syeikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah
 
Imam al-Bukhari telah mendatangkan di dalam kitabnya iaitu al-Jaami’ as-Soheh (iaitu Sahih Bukhari) bagi tajuk al-Adab, dan beliau mengkhususnya sebagai satu bab di samping bab-bab lain. 
 
Akan tetapi, oleh kerana ketatnya syarat yang beliau letakkan (untuk memasukkan hadits) di dalam kitab Soheh Bukhari maka tidak banyak hadits dan atsar Sahabat yang berkaitan dengan adab dan zuhud yang beliau keluarkan (iaitu riwayatkan) di dalamnya. Ini kerana hadits-hadits (yang beliau hafal) tersebut tidak bertepatan dengan syarat-syarat yang beliau gunakan di dalam Sahih Bukhari.
 
Oleh kerana hadits-hadits dan atsar-atsar tersebut sangat diperlukan oleh seorang muslim di dalam urusan kehidupannya, maka beliau berpandangan perlunya mengasingkan bagi tajuk ‘Adab’ menjadi sebuah kitab yang terasing (daripada Sahih Bukhari) yang diperluaskan di dalamnya periwayatan hadits-hadits. 
 
Maka beliau menghasilkan kitab ini bagi tajuk tersebut dan beliau tidak mensyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh (sahaja) bahkan beliau telah mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) di dalamnya hadits-hadits yang soheh, hasan dengan semua pembahagian-pembahagiannya, dan banyak hadits yang dhoif juga”.
 
Penghasilan buku ini bagi tajuk ‘Adab’ serta tidak disyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh dan hasan (sahaja) merupakan sempurnanya kefahaman (fiqh) Imam al-Bukhari rahimahullahu Taala, dan merupakan kesungguhan beliau untuk menyebarkan adab-adab Islam, yang mana kebaikan tidak akan wujud melainkan bagi orang yang beradab dengannya dan barangsiapa yang berpaling darinya (iaitu meninggalkannya) maka dia diharamkan akan seluruh kebaikan. 
 
Hasil usaha (iaitu penghasilan kitab ini) oleh Imam al-Bukhari juga adalah sebagai mengikuti thoriq (cara) guru-gurunya dan guru-guru kepada guru-gurunya yang mereka ini tidak meletakkan syarat (hanya) riwayat-riwayat yang soheh atau hasan sahaja di dalam kitab-kitab serta periwayatan-periwayatan mereka pada tajuk adab dan zuhud serta seumpama dengannya, bahkan mereka mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) banyak hadits yang dhoif di dalamnya sepertimana dapat dilihat di dalam kitab Az-Zuhd karangan Imam Ahmad, kitab Az-Zuhd wa ar-Raqaiq karangan Imam ‘Abdullah bin al-Mubarak rahimahumallahu Taala dan banyak lagi kitab selain mereka berdua.
 
Telah meriwayatkan oleh Al-Khatib al-Baghdadi di dalam kitabnya Al-Kifayah dengan sanad beliau (yang bersambung) daripada Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah Taala, bahawa beliau telah berkata: 

“Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam perkara halal, haram, sunnah-sunnah dan hukum-hakam maka kami ketatkan syarat pada sanad-sanadnya, dan apabila kami meriwayatkan daripada Nabi SAW pada perkara Fadhoil al-A’mal (iaitu kelebihan-kelebihan sesuatu amalan), perkara yang tidak meletakkan sesuatu hukum dan tidak mengangkatnya maka kami permudahkan (syarat-syarat penerimaan) pada sanad-sanadnya

“Barang siapa pada zaman mutaakhir ini cuba untuk membuang hadits-hadits dhoif secara mutlak, dan mula membuang daripada riwayat-riwayat Imam at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah (di dalam kitab-kitab Sunan mereka) akan hadits-hadits dhoif, begitu juga membuang riwayat-riwayat Imam al-Bukhari di dalam kitab ini, maka dia telah melencong daripada kebenaran serta jalan Imam-Imam para salaf terdahulu ridhwanullah ‘alaihim ajma’iin”.

 

KEISTIMEWAAN BUKU INI:
Amalan2 ini turut disusun dalam bentuk JADUAL BERAMAL supaya mudah menjadi rujukan dalam urusan ibadah sehari-hari.

Selamat beramal!