MISTERI VIDEO
- Regular price
- RM 9.00
- Sale price
- RM 9.00
- Regular price
-
RM 10.00
Secure payments
Authentic products
Share
MISTERI VIDEO
(Judul Asal: Misteri Vieo Viral)
ISBN: 978-629-7716-06-0
Penulis: Iwan Reaz
Kod: GB 0830
Tebal: 112 ms
Saiz: 12.7cmX19.05cm
Harga: RM10.00/RM12.00
Keprihatinan ibu bapa adalah antara mesej yang ingin disampaikan dalam cerpen Aku Bukan Derhaka. Kebanyakan ibu bapa tentunya mahu anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya. Namun, jangan pula kita terlalu tegas dalam mendidik mereka sehingga mereka tidak lagi merasakan kasih sayang yang sepatutnya. Jangan pula apabila mereka sudah tiada, baru kita hendak menyesal. Bimbang penyesalan itu akan dipengaruhi dengan suara-suara halus syaitan yang ingin mengambil peluang bagi menyesatkan kita.
Dalam cerpen Dendam Roh Rezza pula, elemen kasih sayang lebih menonjol antara pasangan suami isteri. Kebajikan seorang isteri yang hamil perlu diambil berat kerana kesihatan anak yang dikandungnya akan dipengaruhi oleh emosi si ibu. Berbeza dengan cerpen Sumpahan Patung Pembuli, ikatan kasih sayang antara adik-beradik diangkat sebagai tema dalam cerpen ini. Isu buli di kalangan adik-beradik perlu dipandang serius. Seseorang yang sering dibuli, tidak mustahil boleh terjebak dengan permainan makhluk halus demi membalas dendam terhadap insan yang pernah membulinya.
Seorang sahabat yang kita kenali rupa-rupanya adalah jelmaan makhluk halus yang suka berdamping dengan manusia dek kelekaan kita terhadap urusan dunia. Melalui cerpen Misteri Video Viral, watak utama begitu leka dengan kecanggihan teknologi sehingga sering melewatkan solat dan adakalanya tertinggal dalam melaksanakan kewajipan berkenaan. Masa inilah syaitan lebih suka untuk berada di sisi kita supaya kita lebih hanyut dalam arus dunia.
Cerpen Angkara Amarah Syaitan pula, penulis mengetengahkan kepentingan bersabar dalam kehidupan seharian. Jika amarah gagal dikawal, bimbang kita akan bertindak di luar jangkaan dan menimbulkan kesulitan di pihak yang lain. Syaitan amat suka dengan manusia yang mudah hilang pertimbangan kerana pada saat inilah mereka dapat menguasai emosi manusia untuk bertindak lebih rakus.
Ada sesetengah individu yang mempunyai pengalaman yang melibatkan makhluk halus. Namun, jangan pula kita mudah mendabik dada dan merasakan kita lebih berani daripada orang lain. Mungkin ia hanyalah helah agar kita lebih mudah terjerumus dalam perangkap ‘mereka’. Dalam kita bergurau juga, usah berlebihan kerana ia boleh mengundang padah. Inilah pengajaran yang ingin dipamerkan dalam cerpen Keberanian Yang Teruji.
Terbitnya buku seramistik ini sama sekali bukan semata-mata untuk menimbulkan ketakutan dalam diri kita, akan tetapi bagi menyedarkan kita semua supaya jangan terperangkap dengan hasutan syaitan, apatah lagi syirik terhadap Allah SWT.
ISBN: 978-629-7716-06-0
Penulis: Iwan Reaz
Kod: GB 0830
Tebal: 112 ms
Saiz: 12.7cmX19.05cm
Harga: RM10.00/RM12.00
SINOPSIS:
Cerpen Bisa Taring Syaitan menunjukkan betapa syaitan berusaha untuk memujuk seorang manusia yang alim dan baik yang akhirnya terpedaya. Oleh itu, kita janganlah mudah percaya dengan pengakuan sesiapa yang mengatakan bahawa mereka tahu akan detik kematian seseorang. Syaitan boleh menjelma dalam bentuk manusia bagi menyesatkan kita secara halus.
Manakala dalam cerpen Hasutan Alam Jin, Hafifi terpengaruh dengan keindahan di dunia jin yang nyata berbeza dengan alam manusia. Permainan makhluk halus ini ada banyak. Mereka mungkin akan memerangkap manusia dengan mempamerkan seribu satu keindahan yang palsu. Jadi, orang beriman tidak seharusnya berdamping dengan makhluk halus hanya kerana merasakan dunia mereka lebih baik daripada dunia kita.
Tema hasutan merbahaya daripada syaitan turut ditonjolkan dalam cepen Bisikan Dalam Cermin. Individu yang mengalami penyakit mental seperti kemurungan (depression) adalah antara individu yang mudah terpengaruh dengan pujukan syaitan. Maka, ibu bapa dan rakan-rakan perlu lebih prihatin terhadap individu yang mengalami ciri-ciri penyakit ini agar ia tidak berlarutan ke tahap yang lebih serius.
Manakala dalam cerpen Hasutan Alam Jin, Hafifi terpengaruh dengan keindahan di dunia jin yang nyata berbeza dengan alam manusia. Permainan makhluk halus ini ada banyak. Mereka mungkin akan memerangkap manusia dengan mempamerkan seribu satu keindahan yang palsu. Jadi, orang beriman tidak seharusnya berdamping dengan makhluk halus hanya kerana merasakan dunia mereka lebih baik daripada dunia kita.
Tema hasutan merbahaya daripada syaitan turut ditonjolkan dalam cepen Bisikan Dalam Cermin. Individu yang mengalami penyakit mental seperti kemurungan (depression) adalah antara individu yang mudah terpengaruh dengan pujukan syaitan. Maka, ibu bapa dan rakan-rakan perlu lebih prihatin terhadap individu yang mengalami ciri-ciri penyakit ini agar ia tidak berlarutan ke tahap yang lebih serius.
Keprihatinan ibu bapa adalah antara mesej yang ingin disampaikan dalam cerpen Aku Bukan Derhaka. Kebanyakan ibu bapa tentunya mahu anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya. Namun, jangan pula kita terlalu tegas dalam mendidik mereka sehingga mereka tidak lagi merasakan kasih sayang yang sepatutnya. Jangan pula apabila mereka sudah tiada, baru kita hendak menyesal. Bimbang penyesalan itu akan dipengaruhi dengan suara-suara halus syaitan yang ingin mengambil peluang bagi menyesatkan kita.
Dalam cerpen Dendam Roh Rezza pula, elemen kasih sayang lebih menonjol antara pasangan suami isteri. Kebajikan seorang isteri yang hamil perlu diambil berat kerana kesihatan anak yang dikandungnya akan dipengaruhi oleh emosi si ibu. Berbeza dengan cerpen Sumpahan Patung Pembuli, ikatan kasih sayang antara adik-beradik diangkat sebagai tema dalam cerpen ini. Isu buli di kalangan adik-beradik perlu dipandang serius. Seseorang yang sering dibuli, tidak mustahil boleh terjebak dengan permainan makhluk halus demi membalas dendam terhadap insan yang pernah membulinya.
Seorang sahabat yang kita kenali rupa-rupanya adalah jelmaan makhluk halus yang suka berdamping dengan manusia dek kelekaan kita terhadap urusan dunia. Melalui cerpen Misteri Video Viral, watak utama begitu leka dengan kecanggihan teknologi sehingga sering melewatkan solat dan adakalanya tertinggal dalam melaksanakan kewajipan berkenaan. Masa inilah syaitan lebih suka untuk berada di sisi kita supaya kita lebih hanyut dalam arus dunia.
Cerpen Angkara Amarah Syaitan pula, penulis mengetengahkan kepentingan bersabar dalam kehidupan seharian. Jika amarah gagal dikawal, bimbang kita akan bertindak di luar jangkaan dan menimbulkan kesulitan di pihak yang lain. Syaitan amat suka dengan manusia yang mudah hilang pertimbangan kerana pada saat inilah mereka dapat menguasai emosi manusia untuk bertindak lebih rakus.
Ada sesetengah individu yang mempunyai pengalaman yang melibatkan makhluk halus. Namun, jangan pula kita mudah mendabik dada dan merasakan kita lebih berani daripada orang lain. Mungkin ia hanyalah helah agar kita lebih mudah terjerumus dalam perangkap ‘mereka’. Dalam kita bergurau juga, usah berlebihan kerana ia boleh mengundang padah. Inilah pengajaran yang ingin dipamerkan dalam cerpen Keberanian Yang Teruji.
Terbitnya buku seramistik ini sama sekali bukan semata-mata untuk menimbulkan ketakutan dalam diri kita, akan tetapi bagi menyedarkan kita semua supaya jangan terperangkap dengan hasutan syaitan, apatah lagi syirik terhadap Allah SWT.
Semoga kita semua dilindungi-Nya daripada syaitan yang direjam
Tentang Penulis:
Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (major Sains Aktuari) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di bahagian latihan sebuah agensi berita.
Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2009. Sehingga kini, sudah menulis 12 buah buku dan terlibat dalam 13 buku antologi bersama penulis lain. Antara buku yang ditulis ialah Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan.
Karya beliau bersama BUKU PURIS ialah kumpulan cerpen Hologram, novel seramistik Magna Sayap Hitam, Somniphobia dan yang terbaharu kumpulan cerpen Misteri Video Viral.
Selain buku, Iwan juga menulis skrip TV, cerpen, puisi dan artikel untuk disiarkan dalam majalah serta surat khabar tempatan. Iwan juga mengendalikan bengkel penulisan kreatif dan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah.
×
×