• amalan pembuka pintu langit
1
New

Amalan Pembuka Pintu Langit

Regular price
RM 13.50
Sale price
RM 13.50
Regular price
RM 15.00
Secure payments | Galeri Ilmu
Secure payments
Authentic products | Galeri Ilmu
Authentic products
Amalan Pembuka Pintu Langit
Penulis: Imam Muda Megat
ISBN: 978-629-7716-07-7
Kod: GB0825
Saiz: 19cm X 12.5cm (Portrait)
Tebal: 96 muka surat (1 color)
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

SINOPSIS

Naskhah kecil ini mengumpulkan amalan-amalan yang dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi  yang mempunyai kelebihan khusus, juga menjadi sebab terbukanya pintu-pintu langit. Antaranya:

          Bermunajat di sepertiga akhir malam
          Menunaikan hajat orang lain
          Mengucapkan kalimah Tayyibah
          Doa Iftitah
          Doa pemimpin yang adil
          Doa orang yang dizalimi
          Doa orang yang berpuasa

Amalan-amalan ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi juga menghadirkan ketenangan hati dalam menghadapi segala ketentuan-Nya, termasuk musibah. Panduan bagi mereka yang ingin meraih keistimewaan di sisi Allah SWT.


Tentang Penulis

Imam Muda Megat, atau Megat Mohd Zaid bin Megat Azmuddin, adalah finalis "Imam Muda" musim ke-3. Berasal dari Gerik, Perak, beliau merupakan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir, dan kini berkhidmat sebagai Ketua Unit Penyelidikan & Pembangunan di Agami Group Sdn. Bhd. Dikenali dengan gaya dakwah yang mesra dan mudah difahami, beliau aktif dalam penyampaian ilmu agama di pelbagai platform dan juga  program-program latihan. Amalan Pembuka Pintu Langit adalah karya sulungnya, diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.