Menu
Your Cart

Umat Bertanya Rasul Menjawab

Umat Bertanya Rasul Menjawab
ISBN: 978-983-097-965-6
Penulis: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Kod: GB0689
Saiz: 13.5cm x 21.5cm (Portrait)
Jumlah muka surat: 176
Teks Dalam: 1 warna
Harga: RM 20.00/ RM 22.00* 

Sinopsis

Bertanya merupakan salah satu kaedah utama bagi membuka pintu rahsia ilmu pengetahuan. Apatah lagi jika pertanyaan itu ditujukan kepada seorang utusan Allah , Nabi Muhammad . Maka pasti jawapan yang disabdakan itu jauh lebih bernilai dan bermakna.

"Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang memiliki pengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl 16: 43)

Buku Umat Bertanya Rasul Menjawab hadir bagi mempersembahkan koleksi pertanyaan-pertanyaan yang pernah diajukan oleh para Sahabat kepada Rasulullah . Antara persoalan menarik yang dirakamkan dalam naskhah ini ialah:

* Adakah Rasulullah  dapat melihat Allah ?

* Siapakah orang yang paling dicintai oleh Rasulullah ?

* Bagaimana Rasulullah  mengenali umatnya pada hari kiamat?

* Apakah Rasulullah  dapat memberi syafaat kepada bapa saudaranya, Abu Talib?

* Amalan apakah yang jika dikerjakan maka Allah  dan seluruh manusia akan mencintainya?

Melalui buku ini, pembaca dapat mengutip mutiara-mutiara hikmah daripada jawapan Rasulullah  terhadap persoalan-persoalan umat yang hidup pada kurun terbaik ketika itu.

 

44 Jalan Pekaka, 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Newsletter

Perlukan Bantuan?

Selamat datang, jika perlu bantuan boleh whatsApp kami 8.00 am - 6.00 pm.