Infaq Buku
Program Beli Buku & Infaq ini bertujuan menggalakkan orang ramai menjadikan buku/kitab sebagai salah satu medium infaq bagi manfaat umat. Secara tidak langsung, program ini menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk beramal jariah, di samping memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menimba ilmu.
Bagi memudahkan proses infaq buku ini, Galeri Ilmu Sdn Bhd melalui laman web iaitu www.galeriilmu.com.my akan memproses pembelian jumlah yang telah diinfaqkan melalui pembelian pakej-pakej infak buku, seterusnya menghantar buku berdasarkan jumlah yang telah diinfaqkan itu ke lokasi terpilih seperti masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim atau lain-lain institusi, samaada yang dinyatakan oleh penginfaq atau sebaliknya.
Selain menghantar buku ke pusat pengajian, kami juga akan salurkan waqaf ini untuk program-program seperti daurah dan seminar yang menggunakan buku/kitab galeri ilmu sebagai rujukan utama pengajian. Keutamaan diberikan kepada mana-mana peserta program yang tidak berkemampuan.
Semoga program infak buku/kitab ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada penginfaq selagi mana harta yang diinfaqkan itu masih kekal dimanfaatkan.