Menu
Your Cart
10% OFF on all products Shop now

Kombo Rohamiah Muda

Kombo Rohamiah Muda
Kombo Rohamiah Muda
Kombo Rohamiah Muda
Kombo Rohamiah Muda
-12 %
Kombo Rohamiah Muda
Kombo Rohamiah Muda
Kombo Rohamiah Muda
Kombo Rohamiah Muda

Koleksi karya tulisan Puan Rohamiah Muda

 

Berdamai dengan Takdir 

Relaks betul membaca naskhah ini! Rasa seperti menonton drama di televisyen. Boleh baca sambil makan bertih jagung. Pendekatan dakwah yang cukup santai dan bersahaja hingga kepala pun tak rasa berat mahu menghadam intipati mesejnya.

Topik yang diketengahkan berkisar tentang isu biasa yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita namun dikupas dengan ketinggian ilmu dan ketegasan penulisnya.

 Alhamdulillah, Berdamai Dengan Takdir adalah naskhah yang sangat sesuai untuk mereka yang mahu memelihara dan memulihara hati agar sentiasa tenang dan redha dengan takdir Allah. Tahniah Puan Rohamiah!

 

Berdamai Dengan Takdir 2

Buku Indahnya Hidup Bertuhan (Berdamai Dengan Takdir 2.0) adalah sebuah buku yang mengandungi kisah ibrah tentang hubungan seorang hamba dengan Tuhannya.

Setiap manusia perlukan kepada satu kuasa Yang Maha Hebat yang boleh menjaga serta melindungi dirinya daripada musibah dan malapetaka. Jadi, kuasa itu adalah Tuhan kita yang satu iaitu Allah Taala.

Sebagaimana jasad yang memerlukan keperluan seperti makanan dan air untuk hidup, begitu juga roh memerlukan makanan untuk ia terus subur. Jika jasad sahaja yang kenyang, manakala roh kelaparan, hidup kita tidak akan tenang.

 

Allah Sayang Kita 

Allah Sayang Kita, sebuah bacaan motivasi santai yang mengajar kita tentang penyerahan jiwa dan kebergantungan hidup kita kepada Allah semata tatkala kita sedang diuji. 

Sarat dengan peringatan dan nasihat yang berguna. Ada banyak kisah pengalaman hidup yang penulis kongsikan dan ia dikira  sangat dekat dengan kehidupan kita semua. Ada pelbagai ibrah yang boleh kita kutip dan manfaatkan.

Kenapa tajuk Allah Sayang Kita? Kerana, setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hamba-Nya.

Write a review

Please login or register to review
Kombo Rohamiah Muda
LIMITED STOCK
Stok Terhad. Tiada stok berbaki tersimpan. Akan habis pada bila-bila masa.
  • Stock: 47
  • Model: KOMBO13
  • Weight: 1.00kg
Product Views: 1035
RM58.00
RM51.00