Menu
Your Cart
10% OFF on all products Shop now

[LIMITED] Penyuluh Buat Penuntut

[LIMITED] Penyuluh Buat Penuntut
Hot . -25 %
Penyuluh Buat Penuntut Syarah Peringatan Penuntut Bagi Adab-Adab Menuntut
ISBN: 978-983-097-926-7
Kod: GB636
Penulis: Dr. Ayman al-Akiti
Tebal: 176 ms
Harga: RM17.00/ RM19.00
Berat: 0.30 kg


SINOPSIS

Adab dan akhlak yang mulia mesti menjadi keutamaan dalam pembentukan diri setiap Muslim. Lebih lagi yang bergelar pelajar dan penuntut ilmu agama.

Kitab asal; Tanbih al-Muta‘allim mengandungi 77 bait syair berkenaan adab dan etika menuntut ilmu, ditulis dalam bahasa Arab oleh ulama besar di Jawa Timur, Indonesia iaitu Kyai Haji Ahmad Maysur Sindi al-Tursidi al-Indunisi.

Dr. Ayman al-Akiti bukan sahaja menterjemah kitab asal, malah mensyarahkan setiap bait dengan huraian berpandukan kitab-kitab besar karangan ulama muktabar.

Semoga pembaca dapat memahami setiap bait yang dibincangkan dan mengamalkannya dalam kehidupan khususnya sewaktu menuntut ilmu.

TENTANG PENULIS

Lahir dan membesar di Kuala Lumpur, beliau memulakan pendidikan sekolah rendahnya di SK Bukit Damansara. Ketika berumur 13 tahun, beliau mengembara ke Jawa Timur, Indonesia untuk menuntut ilmu agama di beberapa pesantren tradisional selama 7 tahun. Setelah lulus sijil Aliyyah Pesantren dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kediri, Jawa Timur, beliau dilantik menjadi ustaz di pondok tersebut dan berkhidmat selama 6 tahun. Pada masa itu, beliau juga aktif bergiat dalam majlis Bahtsu al-Masail, sebuah forum muzakarah fatwa yang menjawab pelbagai persoalan umat Islam di bawah kelolaan Nahdlatul Ulama.

Beliau menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda di Fakulti Syariah Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri/STAIN (kini Institut Agama Islam Negeri atau IAIN) Kediri, peringkat Sarjana di Universiti Hassan II, Casablanca, Maghribi dalam bidang Akidah dan Agama di Islam Barat dan seterusnya pada peringkat Doktor Falsafah di Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam di Fakulti Usuluddin. Ketiga-tiganya lulus dengan Kepujian Kelas Pertama.

Di Maghribi, Dr. Ayman al-Akiti aktif mengajar mahasiswa mahasiswi dari Malaysia, Indonesia dan Thailand secara talaqqi dengan mengasaskan sebuah majlis ta‘lim dengan nama Pondok Jawi Maghribi yang bertempat di Sale, Maghribi. Dr. Ayman juga aktif membentang kertas kerja dalam seminar-seminar antarabangsa di serata Maghribi, Nusantara dan Eropah. Beliau kini Felo Kehormat IKIM dan Pensyarah Tetap Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Write a review

Please login or register to review
[LIMITED] Penyuluh Buat Penuntut
READY STOCK
Stok tersedia, boleh buat tempahan seperti biasa.
  • Stock: 86
  • Model: GB636
  • Weight: 0.30kg
Product Views: 8892
This offer ends in:
Day
Hour
Min
Sec
RM17.00
RM12.75