Menu
Your Cart

KEMPEN INFAK BENCANA

 

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Alam sekitar ialah kurniaan Allah SAW kepada manusia dan makhluk bernyawa yang lain. Dengannya manusia – secara khusus – dapat menikmati keindahan, merasai ketenangan, memperolehi faedah dan kebaikan, seterusnya menghargai dan mengkagumi kebesaran Tuhan.  Kewujudan alam sekitar mewujudkan keseimbangan sistem ekologi yang sangat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sangat perlu ia dipelihara dan dijaga.

 

Namun begitu, takdir Allah SWT tiada siapa yang dapat mengatasinya.

Tarikh 17 Disember 2021, terpahat dalam sejarah negara apabila ada negeri telah ditimpa musibah apabila berlakunya perubahan fenomena alam.

 

Hujan lebat yang berterusan telah menjadikan paras air meningkat hingga menenggelami beberapa kawasan serta kediaman. Turut berlaku gerakan tanah hingga meranapkan beberapa buah kediaman. Musibah ini menjadikan mangsa yang terlibat mengalami kerugian ribuan ringgit.  Bagi mangsa bencana alam ini mereka memerlukan bantuan kewangan untuk memulakan kehidupan baharu.

 

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.

 

Atas keprihatinan ini, Galeri Ilmu Media Group (GIMG) melancarkan Kempen Infaq Bencana Alam. Tuan/ Puan boleh menderma seikhlas hati untuk kempen ini.

Sumbangan ini akan dihulurkan kepada 27 buah keluarga yang menjadi mangsa tanah runtuh di Kg Sg. Penchala, Damansara, Kuala Lumpur yang kehilangan tempat berteduh apabila kediaman mereka ranap sepenuhnya (total lost). Mereka akan menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai.

 

Tuan/ Puan yang ingin menyertai kempen ini boleh membuat pilihan sumbangan.

Pakej A:

Sumbangan tanpa pembelian buku (penyumbang tidak akan menerima buku)

 

Pakej B:

 Sumbangan dengan pembelian buku {penyumbang akan menerima satu kotak buku RM 50 dan penerima sumbangan akan menerima 100% wang sumbangan itu. Tuan/Puan hanya perlu membayar kos tambahan untuk postage. 

Tarikh tutup sumbangan: 16 JANUARI 2022

 

Mungkin tidak banyak yang Tuan/Cik Puan dapat sumbangkan tetapi besar ertinya kepada penerima untuk meneruskan kehidupan mereka di hari-hari mendatang.

 

 

SUMBANGAN ANDA BUKAN HANYA UNTUK HARI INI,

NAMUN DOA MEREKA YANG MENERIMA INFAQ ANDA AKAN DIANGKAT KE SYURGA.

 

Nabi SAW bersabda:

"Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

 

Apabila niat dan keikhlasan sudah timbul di hati usah berkira-kira akan harta dan pahala.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank: Maybank

No Akaun: 564276201311

Atas nama: GALERI ILMU DISTRIBUTORS

PASTIKAN isi Transaction Reference/Details: KEMPEN INFAQ BENCANA ALAM

.

Untuk makluman anda, projek ini adalah sebahagian daripada projek yg diuruskan oleh GALERI ILMU MEDIA GROUP..

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi: CIK SURIATI di talian 011-10299723

(Boleh maklumkan sumbangan melalui nombor ini).

 

KAEDAH SUMBANGAN DAN PEMBELIAN

Pilihan sumbangan yang ingin dibuat.

Isikan maklumat lengkap, nama, emel, no tel dan alamat yang betul.

Pilih kaedah pembayaran dan buat pembayaran.

Isikan ruangan kotak yang disediakan (Pengesahan)

Tekan butang hantar.

 

Setelah berjaya, anda akan terima emel, (resit dan maklumat selanjutnya di emel).