DR SHAMSUL MOHD NOR
Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Al-Qur’an dan As-Sunnah dari universiti yang sama. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah Al-Badar. Perunding latihan dan bina insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills, dan Islamic Leadership Program. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur merupakan karya keenam beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Dr Shamsul Mohd Nor