Adakah Minyak Wangi yang Beralkohol itu Najis?

Alkohol yang ada dalam minyak wangi hukumnya najis. Walau bagaimanapun najis yang ada pada minyak wangi tersebut dimaafkan kerana campuran alkoholnya dimaksudkan untuk kebaikan dan kuantitinya menurut kadar yang dapat membawa kemaslahatan iaitu minyak wangi menjadi wangi dan kerana diqiyaskan kepada bau-bauan harum yang membawa maslahah kepada keju.
 
Di dalam Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah (1/19) disebutkan:
 
وَمِنْهَا اَلْمَائِعَاتُ اَلنَّجِسَةُ اَلَّتِى تُضَافُ اِلَى الاَدْوِيَةِ وَالَّروَائِحِ العَطْرِيَّةِ لاِصْلاَحِهَا, فَاِنَّه يُعْفَى عَنِ اْلقَدَرِ الَّذِى بِهِ الاِصْلاَحُ قِيَاسًاعَلَى الاَنْفِحَةِ الْمُصْلِحَةِ لِلْجُبُنِ.
 
“Dan di antaranya adalah benda-benda cair yang najis yang ditambahkan ubat-ubatan dan bau-bauan yang harum untuk memaslahatkanya, maka sesungguhnya kenajisannya dapat dimaafkan menurut kadar yang dapat membuat kemaslahatan (ubat menjadi awet dan minyak wangi menjadi harum), kerana dikiaskan kepada bau-bauan yang harum yang membuat maslahat pada keju.”
 
Rujukan:
(i) Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, 1/19
(Sumber ambilan: Tulisan Muhammad Danial Royyan dalam https://pcnukendal.com/parfum-beralkohol/)
 
____________oo0oo____________________
Ulama’ India berpendapat bahawa alkohol hukumnya najis, sama dengan khamr (arak).
Menurut Dr. Ahmad asy-Syarabashi, pensyarah di Universiti Al-Azhar, Mesir, alkohol suci, bukan najis. Ketika ditanya: Apakah alkohol itu najis atau suci? Dan apakah boleh digunakan sebagai campuran minyak wangi? Beliau menjawab:
 
كَانَتْ لَجْنَةُ اْلفَتْوَى بِالْأَزْهَرِ قَدْ سُئِلَتْ مِثْلَ هَذَا السُّؤَالِ، فَأَجَبَتْ بِأَنَّ اْلكُحُوْلِ عَلَى مَا قَالَهُ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنَ اْلعُلَمَاءِ لَيْسَ بِنَجَسٍ وَعَلَى ذَلِكَ فَالْأَشْيَاءَ الَّتِيْ يُضَافُ إِلَيْهَا اْلكُحُوْلُ لَا تُنَجِّسُ بِهِ، وَهَذَا هُوَمَا نَخْتَارُهُ لِقُوَّةِ دَلِيْلِهِ، وَلِدَفْعِ الْحَرَجِ الَّلزِمِ لِلْقَوْلِ بِنَجَاسَتِهِ
 
“Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar telah ditanya seperti pertanyaan ini, lalu ia menjawab: Sesungguhnya alkohol itu menurut pendapat kebanyakan ulama’ bukan najis. Dengan demikian, segala benda yang terdapat campuran alkohol tidak najis. Pendapat inilah yang kami pilih kerana alasannya kuat untuk menghilangkan kesempitan yang terjadi bagi pendapat yang mengatakan alkohol najis.
 
(Lihat kitab Yas’alunaka fi ad-Din wa al-Hayah, 2/30 dan 6/53.)
 
Rujukan:
(i) Yasalunaka fi ad-Din wa al-Hayah, 2/30, 6/53
(Sumber ambilan: Umat Bertanya Ulama’ Menjawab, Siri A, ms. 217-218)
_________
Petikan sebahagian perbincangan dalam buku 1156 PERMASALAHAN SOLAT, susunan AF Ustaz Muhadir Hj Joll yang basal terbit nanti. Mahu sertai PRE ORDER boleh sertai channel telegram: https://t.me/ustazmuhadirofficial
 
 
Scroll to Top