SOAL JAWAB
Baik, maaf atas kesulitan, pihak kami sedia menghantar semula majalah yang belum diterima. Boleh isi butiran lengkap dibawah.
Sekiranya kami mengambil keputusan untuk teruskan cetakan pada Januari 2021 nanti, kami akan tambahkan tempoh langganan anda bagi cukupkan setahun. Contohnya, Aisyah melanggan setahun, majalah yang diterima adalah selama 4 bulan, bermakna ada baki 6 bulan lagi. Jadi 6 bulan berbaki ini akan dibawa ke edisi Februari 2021 hingga seterusnya sehingga tamat tempoh setahun.
Sebaik sahaja kami memutuskan untuk tidak lagi mencetak Majalah Asuh, ya secara amnya wang akan dipulangkan, berdasarkan baki yang ada.
Namun, bagi memudahkan, pihak kami mencadangkan untuk ditukarkan dalam bentuk nilaian buku dan dipos kepada anda. Contohnya, baki langganan RM36, kami akan pilih mana-mana tajuk buku yang bersesuaian dan dipos kepada anda.
Jika anda mahu pilih buku sendiri, kami akan berikan dalam bentuk E-Voucer dan boleh tebus semasa membuat pembelian di website kami http://galeriilmu.com.my
Ya, cadangan untuk terbitkan dalam bentuk E-Megazine juga masih diperingkat perbincangan dan akan dimaklumakan melalui medium platform digital kami jika sudah tersedia.