3 Rahsia Mudah Hias Dinding – Tip Bersama Mommy Dekor

1. Nampak dahulu
Saat membuka pintu, dinding manakah yang anda nampak dahulu? Maka, itulah dinding yang perlu dihiaskan. Hias dinding yang pertama sekali terlihat tatkala pintu dibuka atau tatkala anda memasuki ruang itu.

2. Sesuai tingginya
Pasti ramai tertanya-tanya, tinggi manakah harus dipasangkan segala hiasan dinding seperti bingkai gambar, cermin atau lukisan? Senang sahaja. Hiasan itu semuanya untuk mata, bukan? Maka, gantunglah pada ketinggian aras mata.

3. Jumlah hiasannya
Berapa pula jumlah hiasan dinding yang elok diletakkan dalam satu dinding yang sama? Nasihat saya, satu dinding, satu hiasan sahaja. Namun, jika bahan hiasan tersebut kecil sahaja, perbanyakkan ia tetapi susun dan kumpulkan kesemuanya untuk menjadi titik fokus pada dinding tersebut di dalam ketinggian aras mata seperti no. 2 di atas.

***
Petikan buku Dekor-Dekor Cinta tulisan Khairunnisa Hamzah. Apa yang dikongsikan di dalam buku ini, bukan sekadar perihal keindahan rupa dalam membina rumah impian semata-mata, malah lebih daripada itu.

Bukan hanya berkaitan dengan mengusahakan sebuah rupa pandangan yang mendamaikan, tetapi akan juga berkait dengan proses memperindahkan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan kedamaian dalam kediaman kita semua.

Insya-Allah, dekor akan jadi bersebab dan mampu membantu mendidik perilaku manusia dan asbab untuk memperoleh kedamaian di kediaman kita semua.

Pembelian buku terbitan Galeri Ilmu secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web atau pesanan WhatsApp.



Scroll to Top