
- Stock: Out Of Stock
- Weight: 0.44kg
- ISBN: 9.78967E+12
Sebuah kitab Tasawuf peninggalan tokoh ilmuwan Islam yang terkenal iaitu Abu Abd al-Muti’ Muhammad ibn Umar al-Tanara al-Jawi al-Bantani. Seorang ilmuwan Islam yang terkenal yang ketinggian ilmu agama dalam pelbagai bidang. Kitab ini sarat dengan pelbagai bentuk peringatan, seruan serta nasihat-nasihat bagi mempersiapkan diri menghadapi hari akhirat kelak. Isi kitabnya yang ditulis secara teratur dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh setiap pembaca. Diantara pengisian yang sangat bernilai terdapat peringatan berdua, iaitu masing-masing terdiri daripada dua perkara, bertiga sehinggalah bersepuluh. Jumlah keseluruhannya adalah 214 makalah, yang terdiri daripada 45 khabar (hadis Nabi Muhammad SAW atau para Tabi’in). Semoga setiap peringatan dan seruan yang terdapat dalam kitab ini dapat dijadikan panduan hidup dan tuntutan dalam kalangan Muslimin serta meningkatkan lagi ketakwaan terhadap Allah SWT.
Tajuk: Nashaihul 'Ibad
Penulis : Syeikh Nawawi Al-Bantani
Harga: RM20.00
ISBN: 9789673682683
Mukasurat: 318
Berat: 0.44kg
Saiz: 6 x 9in
nashaihul ibad