Menu
Your Cart

40 Hadis Sahih tentang Akidah

40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
-17 %
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah
40 Hadis Sahih tentang Akidah

Buku 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.

Dalam buku ini penulis turut menghuraikan hadis-hadis tentang akidah yang bersifat Mutasyabihat mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan muktabar ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT tersebut.

Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam memahami nas-nas Mutasyabihat adalah untuk menyelamatkan akidah umat daripada penyelewengan serta menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk.

Al-Subki berkata, “Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy‘ari tidaklah meletakkan asas akidah ini di atas dasar pandangannya, melainkan ia adalah penerusan dan kesinambungan daripada mazhab Salaf dan apa yang difahami daripada Baginda Rasulullah .”

 TENTANG PENULIS

 Dr. Shamsul Mohd Nor memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir Al-Qur’an dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Al-Qur’an dan Al-Sunnah (disertasi dalam kajian Takhrij Al-Hadits) dari universiti yang sama. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) dalam bidang Syariah Islamiyah dari Jami‘ah al-Aqidah, Indonesia dan lepasan dari Madrasah Islamiyah di bawah Syeikh Mahmud Effendi di Fatih, Istanbul, Turki. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Qur’an dalam masa tiga hari dengan kaedah Al-Badar. Perunding latihan dan bina insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan karya keempat beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas buku Hadis: Suatu Pengenalan Asas, Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas dan Ilmu Tajwid Ringkas.

Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-946-5
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0671
Saiz: 16.5cm x 23.5cm X 1.4cm
Tebal: 296ms
Berat: 0.3
Teks Dalam: 2 warna
Harga: RM35.00

RM35.00
RM29.05
  • Stock: 14
  • Weight: 0.30kg
  • ISBN: 978-983-097-946-5
Product Views: 4163