Wakaf Kitab @ Galeri Ilmu

Program Beli Buku & Wakaf ini bertujuan menggalakkan orang ramai menjadikan buku sebagai salah satu medium wakaf bagi manfaat umat. Secara tidak langsung, program ini menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk beramal, di samping memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menimba ilmu.


Bagi memudahkan proses wakaf buku ini, Galeri Ilmu Sdn Bhd melalui laman web iaitu www.galeriilmu.com.my akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim atau lain-lain institusi, samaada yang dipilih oleh pewakaf atau sebaliknya. Selain menghantar buku ke pusat pengajian, kami juga akan salurkan waqaf ini untuk program-program seperti daurah dan seminar yang menggunakan buku/kitab galeri ilmu sebagai rujukan utama pengajian. Keutamaan diberikan kepada mana-mana peserta program yang tidak berkemampuan. 


Semoga program wakaf buku ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

PAKEJ BELI BUKU & WAKAF 1

RM10.00

PAKEJ BELI BUKU & WAKAF 2

RM20.00

PAKEJ BELI BUKU & WAKAF 3

RM30.00

PAKEJ BELI BUKU & WAKAF 4

RM40.00

PAKEJ BELI BUKU & WAKAF 5

RM50.00

PAKEJ BELI BUKU & WAKAF 6

RM100.00

PAKEJ BELI BUKU & WAKAF 7

RM200.00

PAKEJ BELI BUKU & WAKAF 8

RM300.00

Wakaf Langganan Majalah Asuh 6 bulan

RM24.75

Wakaf Langganan Majalah Asuh Setahun

RM48.70
Showing 1 to 10 of 10 (1 Pages)