(LIMITED) Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna
-76%

(LIMITED) Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna

RM5.00 RM21.00
Product Code: GB0227
Stock 36

Overview

Judul: Takdir 2: Percaya Yang Tidak SirnaPenulis: Hilal AsyrafTebal: 472 msISBN: 978-983-097-416-3Kod: GB0227Harga: RM21.00Berat: 0.41 KG (410 gm)SINOPSIS:Dunia kini mula mendapat cahayanya....

Judul: Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna
Penulis: Hilal Asyraf
Tebal: 472 ms
ISBN: 978-983-097-416-3
Kod: GB0227
Harga: RM21.00
Berat: 0.41 KG (410 gm)


SINOPSIS:

Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi. Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan. Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!
Lantas, badai yang tidak pernah disangka selama ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna adalah novel kedua daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri, Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa. Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue