SUMPAH IBLIS
-15%

SUMPAH IBLIS

RM8.50 RM10.00
Product Code: BP055
Stock 87

Overview

Rudi merupakan watak utama, seorang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh. Rudi mewarisi kelebihan yang sama seperti bapanya, Encik Razali yang boleh memasuki dimensi lain me...

Rudi merupakan watak utama, seorang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh. Rudi mewarisi kelebihan yang sama seperti bapanya, Encik Razali yang boleh memasuki dimensi lain menerusi mimpinya sendiri mahupun orang lain. Kelebihan itu membolehkan Encik Razali membaca sejarah hidup seseorang dan membantu mereka. Encik Razali juga boleh mengesan makhluk halus yang mengganggu manusia dan menewaskannya.


Malangnya Rudi masih mentah dan belum menguasai sepenuhnya ilmu ghaib itu. Manakala Encik Razali pula terpaksa menurunkan ilmu kepada Rudi secara rahsia dan diluar pengetahuan isterinya. Walhal sebenarnya Encik Razali mahu menghantar Rudi menuntut di sebuah madrasah di Afrika Selatan supaya Rudi dapat mempersiapkan rohani yang kuat sebelum mempelajari bagaimana menguasai kelebihan tersebut. Namun ibu Rudi, Puan Huda menentang kuat dan tidak mahu Rudi memiliki ilmu itu kerana bimbang ia akan mengancam  nyawa anaknya. 


          Rudi akhirnya menerima tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh selepas UPSR. Ayah Rudi melepaskan Rudi dengan berat hati namun mengetahui lambat laun Rudi terpaksa belajar menguasai kelebihan yang diwarisi. Rudi menempuh cabaran dan ujian pertama tanpa menyedari dia telah diperdaya oleh seekor jin bernama Hazul yang menyamar menjadi sahabatnya di asrama dan di sekolah sehingga dia dianggap sebagai budak pelik dan dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain. Encik Razali menyedari bahawa sahabat baik Rudi itu adalah jin yang cuba mendampingi dan mempergunakan Rudi lalu menghalau makhluk tersebut. Rudi berasa sedih kerana selama ini dia telah dipermainkan oleh seekor jin dan dia terpaksa berusaha dengan kuat bagi membina semula persahabatan baharu bermula dari kosong dengan rakan-rakan sekolah dan asramanya.


Afdzal, sepupu Rudi tiba-tiba muncul di sekolah tersebut atas campur tangan Encik Razali yang menyedari Rudi memerlukan sokongan yang kuat selepas hampir diperdaya oleh Hazul. Jai, si pembuli juga menjadi kawan rapat Rudi. Persahabatan mereka diganggu gugat oleh Syaiful yang berjaya membongkar siapa Rudi dan kelebihan yang dimilikinya. 


           Peristiwa lemas dan diburu oleh makhluk Gondoruwo menguji persahabatan mereka. Insiden terakhir yang hampir merenggut nyawa Rudi membuatkan Encik Razali nekad melaksanakan pelan asal beliau iaitu menghantar anaknya melanjutkan pengajian di sebuah madrasah di Afrika Selatan.


Tentang Penulis:


MUS NASMIAN

Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu. 

     Bersama Galeri Ilmu dibawah Buku Puris, beliau telah menghasilkan novel Puaka bagi novelet Seramistik bertajuk Pulangkan Kembar Puaka dan novel Sumpah Iblis ini merupakan karya kedua beliau di bawah Buku Puris.



SUMPAH IBLIS 

ISBN: 978-983-097-875-8

Kod: BP055

Penulis: Mus Nasmian

Tebal: 128 ms

Harga: RM10.00/RM12.00

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue