Saya Sakit Apa Doktor?
-20%

Saya Sakit Apa Doktor?

RM20.00 RM25.00
Product Code: GB0616
Stock 487

Overview

JUDUL: Saya Sakit Apa Doktor?Penulis: Dr. Abdul RahimISBN: 978-983-097-873-4Kod: GB0616TEBAL: 216 msHARGA: RM25.00/RM27.00Tubuh badan kita TIADA SPARE PART, maka jagalah kesihatan kita denga...
JUDUL: Saya Sakit Apa Doktor?
Penulis: Dr. Abdul Rahim
ISBN: 978-983-097-873-4
Kod: GB0616
TEBAL: 216 ms
HARGA: RM25.00/RM27.00


Tubuh badan kita TIADA SPARE PART, maka jagalah kesihatan kita dengan sebaik-baiknya.

SINOPSIS
Buku ini mengandungi ilmu kesihatan dan juga maklumat penyakit lazim yang sering dialami oleh masyarakat. Ia menjawab persoalan:
- Jenis penyakit yang dihidapi?
- Mengapa dan bagaimana penyakit berlaku?
- Siapa yang boleh kena sesuatu penyakit itu?
- Bagaimana bentuk pencegahan dan rawatannya?
- Bilakah perlu berjumpa doktor?

Buku ini terbahagi kepada enam bahagian:
1.      Anda sakit apa? – antaranya menghuraikan status kesihatan kita, sama ada sihat, sakit atau berpenyakit. Juga menyentuh beberapa jenis penyakit senyap.
2.      Ortopedik – antaranya menghuraikan masalah sakit sendi, tulang patah, keradangan.
3.      ENT – antaranya menghuraikan masalah telinga, hidung dan tekak seperti telinga dan hidung tersumbat serta dimasuki benda asing.
4.      Kulit – mengenali beberapa jenis penyakit kulit.
5.      Kanak-kanak – memberi panduan kepada ibu bapa apabila berdepan dengan anak sakit seperti demam, lelah dan berkahak.
6.      Puasa dan Raya – masalah & penjagaan kesihatan lazim ketika puasa dan raya seperti gastrik, puasa ibu hamil dan cirit-birit.

Secara keseluruhannya penulis menggunakan pendekatan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan sesekali berjenaka.



Dr Abdul Rahim ialah anak jati Pulau Pinang dan merupakan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Perubatan. Sebagai Pakar Klinikal, Dr Abdul Rahim berpengalaman luas dalam merawat pesakit di klinik beliau yang beroperasi di Bayan Lepas. Mula mendapat perhatian ramai apabila beliau mula berkongsi tip dan ilmu kesihatan di media sosial dengan gaya bersahaja. Mesra dengan gelaran ‘Doc’ , tip-tip kesihatan terbaharu beliau sentiasa dinanti oleh pengikutnya di laman Facebook.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue