Putera Lembah Bakkah

Putera Lembah Bakkah

RM13.00
Product Code: GB0052
Stock 72

Overview

 JUDUL: Putera Lembah Bakkah 1 - Muhammad SAWKategori: Novel SirahPengarang : Zuraimi IsmailKOD: GB0052Tebal : 144 msISBN : 978-983-097-183-4Harga: RM 13.00 / RM 15.00SINOPSIS Anekdot Kehid...

 JUDUL: Putera Lembah Bakkah 1 - Muhammad SAW
Kategori: Novel Sirah
Pengarang : Zuraimi Ismail
KOD: GB0052
Tebal : 144 ms
ISBN : 978-983-097-183-4
Harga: RM 13.00 / RM 15.00


SINOPSIS

Anekdot Kehidupan Nabi SAW Dalam Bentuk Kreatif. Banyak sudah ditulis tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Namun apa yang menarik mengenai buku ini adalah, pengkisahan detik-detik awal kehidupan Nabi SAW diolah dengan gaya kreatif yang cukup indah. Gaya penulisan yang menggunakan ketajaman kreativiti dan kehalusan perasaan ini menjadikan pengkisahan mengenai kehidupan Rasulullah begitu dramatik. Gambaran watak-watak dan ungkapan dialog-dialognya terasa �hidup'. Ia membawa pembaca seolah-olah berada di zaman baginda dan melihat sendiri �visual� yang berlaku di depan mata! Daya imaginasi pembaca akan dirangsang untuk menyelami kehidupan Nabi SAW di zaman kanak-kanak dan remaja membawa ke usia baginda 25 tahun, malah turut menelusuri beberapa tahun sebelum kelahiran baginda lagi untuk menggambarkan suasana yang kondusif yang telah disediakan oleh Allah untuk kelahiran kekasih-Nya. Sentuhan Zuraimi Ismail yang sekian lama menulis tentang sirah Nabi dalam majalah ANIS, ASUH dan majalah i, menjadikan buku ini sangat berbeza daripada buku-buku yang pernah ditulis tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Menghayati nukilan kreatif anekdot-anekdot popular yang banyak diceritakan dalam sejarah ini merupakan satu pengalaman membaca yang cukup mengasyikkan. Buku ini menjanjikan satu kelainan. Persembahannya ringan tapi sangat menghiburkan dan memberi kepuasan membaca.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue