Bangkitlah Jiwa
New -20%

Bangkitlah Jiwa

RM16.00 RM20.00
Product Code: GB0620
Stock 199

Overview

Buku BANGKITLAH JIWA mempersembahkan nukilan istimewa daripada dua minda penulis, hasil kolaborasi pertama antara TheBingkisan Hati bersama  Azura Zamri.Dengan kata sepakat, mereka menurunka...

NOTIS COVID-19


Buku BANGKITLAH JIWA mempersembahkan nukilan istimewa daripada dua minda penulis, hasil kolaborasi pertama antara TheBingkisan Hati bersama  Azura Zamri.

Dengan kata sepakat, mereka menurunkan cebisan makna penulisan setelah pasti akan diskusi antara mereka bahawa bentuk penyampaian yang puitis serta gaya bahasa yang mudah, sesuai buat semua lapisan masyarakat. Nukilan mereka ini berkaitan dengan jiwa yang sentiasa dahagakan kasih sayang Pencipta-Nya. 

Ia adalah himpunan kata-kata yang mengekori jejak jiwa yang tercipta dalam pelbagai rasa. Kandungannya selain memenuhi titipan pesan, ayat-ayat yang tersusun membawa rentak keadaan yang tak lari daripada kehidupan manusia sejagat. Tertumpah segala punca dan alasan, jiwa diratah oleh pergelutan perasaan dengan himpitan dugaan yang noktahnya belum sampai ke titik penyelesaian.

Harapan mereka, moga buku ini menjadi antara buku yang takkan dilupa dari lubuk ingatan para pembaca. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.


Tentang Penulis

NURUL EZZATI BT ABD WAHAB

Dikenali dengan nama pena thebingkisanhati. Dilahirkan pada 11 April 1993. Meminati bidang penulisan sejak berada di sekolah menengah. Mula menulis buku pada tahun 2016 dan kini merupakan seorang penulis sepenuh masa. Beliau juga sangat meminati penulisan skrip drama, novel serta puisi.


Telah menulis sebanyak lima buah buku motivasi antaranya Expectation, Don’t Be Sad dan BANGKITLAH JIWA iaitu karya terbaharu beliau merupakan buku kelima beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selain buku Allah Kan Ada, Cukuplah Allah Bagiku, Allah Itu Dekat dan Ada DIA Di Hatiku.


NUR AZURA BINTI ZAMRI

Nur Azura binti Zamri atau lebih ringkas dipanggil Azura Zamri. Berasal dari Sungai Petani, Kedah dan kini menetap di Johor Bahru. Dilahirkan pada 19 Mei 1992 dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Seorang yang cukup meminati dunia penulisan dan perfileman, mengimpikan karya sendiri berjaya diadaptasikan dalam drama mahupun filem suatu hari nanti. 


Sudah menulis beberapa buah buku antaranya, Diari Akhirat, Muslimah Acah, No Couple Before Nikah dan bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd., buku BANGKITLAH JIWA merupakan karya ketiga beliau selain Tuhan, Aku Mohon Jawapan-Mu dan Ajari Aku Erti Hidup.


BANGKITLAH JIWA 

ISBN:  978-983-097-879-6

Kod: GB0620

Penulis: The Bingkisan Hati & Azura Zamri

Tebal: 136 ms

Harga: RM20.00/RM22.00

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue