Abang Bomba Sayang Kamu!
-20%

Abang Bomba Sayang Kamu!

RM12.00 RM15.00
Product Code: GB0547
Stock 196

Overview

Abang Bomba Sayang Kamu!ISBN: 978-983-097-792-8Kod: GB0547Penulis: Zulkifli Che Noh & Zairoslina IsmailTebal: 144 msHarga: RM15.00/ RM17.00 SSBerat: 0.2 kg (200 gm)SINOPSISMenjadi seorang an...

NOTIS COVID-19


Abang Bomba Sayang Kamu!
ISBN: 978-983-097-792-8
Kod: GB0547
Penulis: Zulkifli Che Noh & Zairoslina Ismail
Tebal: 144 ms
Harga: RM15.00/ RM17.00 SS
Berat: 0.2 kg (200 gm)


SINOPSIS

Menjadi seorang anggota bomba memang sangat mengujakan. Semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas tidak terbendung. Setiap panggilan kecemasan umpama hadiah yang sangat bernilai. Apa tidaknya, umpama seorang adiwira yang dinanti-nantikan kemunculannya sebagai wira penyelamat.

Kehadirannya bisa meredakan hati yang gundah, memberikan ketenangan dan membenihkan harapan. Sebab itulah, pakaian celoreng bomba dicipta menggunakan warna yang terang supaya mudah dilihat oleh mangsa. Begitu juga penggunaan siren yang khusus, dapat memberi isyarat kepada mangsa bahawa mereka sedang diselamatkan.


Buku ini adalah berkenaan sisi berbeza tentang bomba dari apa yang pernah diketahui. Membaca buku ini seolah-olah anda sendiri sedang menjadi seorang anggota bomba.


Merasai cabarannya, menjiwai debarannya, menghayati pengorbanannya dan merasai kehangatan cintanya. Buku ini adalah tentang cinta pasukan bomba kepada negaranya, kepada anda semua. Abang Bomba Sayang Kamu!

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue