KOMIK PUAKA
-20%

KOMIK PUAKA

RM8.00 RM10.00
Product Code: BP0059
Stock 183

Overview

Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya, bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu ...


Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya, bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. 

Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu. 

Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.

Mungkinkah makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan itu adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?


Tentang Penulis:


NIK HASMAZI

Berkelulusan Diploma Computer Graphic and Design, beliau merupakan seorang pelukis sepenuh masa. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Mus Nasmian di bawah penerbitan Komik Puris.


MUS NASMIAN

Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.

Bersama Galeri Ilmu dibawah Buku Puris, beliau telah menghasilkan novel Puaka bagi novelet Seramistik bertajuk Pulangkan Kembar Puaka, novel Sumpah Iblis dan komik ini merupakan karya ketiga beliau di bawah Buku Puris.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue