KOMIK KEMBAR
New -20%

KOMIK KEMBAR

RM8.00 RM10.00
Product Code: BP0058
Stock 196

Overview

Azmira, seorang pegawai konservasi, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya y...

NOTIS COVID-19


Azmira, seorang pegawai konservasi, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.


*******

“Alang, memang susah nak diterima akal. Terpulanglah mahu percaya atau tidak. Tapi, aku yakin, makhluk ini keturunan engkau. Sebagai orang tua, engkau terimalah nasihat aku. Ini semua kerja Allah. Qadak dan qadar Allah. Engkau pun orang alim, tentu lebih maklum akan hal ini. Allah hantarkan makhluk ini pasti ada sebab.”


Tentang Penulis:

CIKGU MAHMUD


Seorang pelukis dan juga seorang ustaz yang menggunakan nama pena Cikgu Mahmud. Bertugas di Madrasah Tahfiz Al Ukhuwwah, Petaling Jaya. Merupakan pelukis freelance dan sering melukis komik dakwah di media sosial seperti di Instagram. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Iz Zunairah di bawah Buku Puris.


IZ ZUNAIRAH

Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor. 

Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti Epistolari, Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga. Karya ini merupakan karya ketiga bersama Buku Puris selepas novelet Seramistik, Pulangkan Kembar Puaka dan Rasukan Buaya.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue